Sunday, June 29, 2014

Bagaimana untuk kurus? Bahagian 2

Sebelum saya terus dedahkan rahsia rahsia kenapa diet selalu tak berjaya, saya nak kongsikan dulu apa kelebihan yang anda akan dapat jika anda turun 10% berat badan. Anda akan peroleh:

1. Penurunan tekanan darah kepada paras normal. Jangan terkejut jika saya kata, orang yang berdiet kadangkala dah tak perlukan ubat darah tinggi apabila berat mereka berkurang!


2. Penurunan sehingga 50% paras gula dalam darah, Jika ada yang bertanya, penyakit kencing manis boleh sembuh ke? Saya jawab BOLEH jika anda kurangkan berat badan :)

3. Penurunan paras kolesterol jahat (LDL) dan peningkatan paras kolesterol baik (HDL)

4. Merendahkan risiko/ menyembuhkan penyakit osteoarthritis (sakit sendi terutama sakit lutut)

5. Mengurangkan risiko kematian awal!

4 punca diet gagal dan bagaimana mengatasi


1. Tersalah sangka bahawa diet yang diambil berkalori rendah sedangkan anda mengambil makanan berkalori TINGGI!




Membiarkan diri anda kebuluran bukanlah tindakan bijak. Anda sebenarnya berlaku zalim kepada diri sendiri. Memilih makanan yang sesuai semasa anda lapar adalah kunci untuk kekal ramping. Makan makanan yang boleh mengenyangkan perut anda dan bukan mengenyangkan nafsu. Contohnya anda boleh makan semangkuk salad dan bukannya sekeping Snickers. Semangkuk salad akan mengenyangkan perut, kurang kalori dan tidak menambah berat badan. Sekeping snickers juga mengenyangkan perut, tinggi kalori dan membuatkan anda rasa ingin makan lagi!


Dalam program diet Shaklee, saya menyarankan anda mengambil cinch shake. minuman mengenyangkan, enak dan berkalori rendah!


2. Tersalah sangka bahawa anda terlebih bersenam dan terlalu banyak kalori telah dibakar sedangkan anda sebenarnya bakar kalori seciput je





Bersenam sangat bagus untuk meningkatkan kadar metabolisma. Maksudnya lebih aktif anda bersenam, lebih aktiflah sistem pembakaran kalori yang anda bakar. Jika anda telah mulakan dengan makan makanan rendah kalori, mengapa anda perlu risau memikirkan berapa kalori yang perlu anda bakar, betul tak?

Jadi jadikan senaman satu aktiviti yang menggembirakan.
Sekurang-kurangnya 20 minit sekali, 3 kali seminggu, memadailah




3. Waktu makan yang tidak betul


Jangan makan jika tidak lapar. Amalan yang kita panggil 'snek' antara waktu makan atau makan 'titbits' memang tidak elok. Jangan letak sebalang kerepek atau biskut diatas meja kerja anda. Jika lapar, makanlah makanan berkalori rendah untuk mengenyangkan perut supaya anda mampu menurunkan berat badan.




Bila anda lapar, dapatkan secawan cinch shake!


4. Tidur tidak mencukupi


Sebenarnya tidaklah susah mana untuk kurus. Orang yang ingin kurus perlu mengamalkan TABIAT KURUS supaya mereka kekal sihat dan kurus. Bagi yang tidak empunyai tabiat kurus, tentulah susah. Mana tidaknya sejak dari celik mata, kita telah disajikan dengan makanan berlemak, air manis berkarbonat, manisan dan macam macam lagi makanan tidak sihat tetapi mudah didapati di kedai2 

Wednesday, June 25, 2014

Bagaimana Untuk Kurus? Bahagian 1

Hidup penuh dengan alasan

Saya terpanggil untuk tulis berkenaan kegemukan sebab masalah kesihatan ini sudah jadi seperti kanser- merebak dan merebak sehingga susah untuk diubati. Ramai yang mengeluh dan mengeluh tentang berat badan mereka, tetapi berapa ramai yang serius ingin mengatasi? Mungkin ramai yang telah banyak kali dikecewakan oleh janji janji manis produk cepat kurus tapi tetap tak kurus. Ramai juga yang tidak ada kekuatan untuk mengekang nafsu makan. Ramai yang tidak sanggup berlapar. Ramai yang memberi alasan tidak mempunyai wang untuk berdiet. Fuhhh banyaknyaaa alasan!


Kegemukan punca penyakit


Kenapa penting sangat kita turunkan berat badan? Mungkin ada yang kata "Saya tak kisah dengan penampilan saya" Saya hanya senyum tak mahu kata apa apa :)


Jika saya tanya, "Adakah anda tidak kisah mendapat sakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, semput dan sebagainya?"
Jika jawapan anda juga "Ya SAYA TIDAK KISAH", nasihat saya usah teruskan pembacaan. Tak akan memberi manfaat pun kepada anda

Tetapi jika anda mempunyai keazaman yang tinggi untuk hidup secara sihat dengan berat badan normal, anda patut pahatkan dalam hati bahawa kegemukan boleh menyebabkan sakit seperti di bawah:


1. Kencing manis

2. Tekanan darah tinggi
3. Sakit jantung
4. Tinggi kolesterol
5. Sakit sendi
6. Mati cepat
7. Masalah berhenti bernafas ketika tidur dan boleh mati mengejut (Sleep Apnoea)




Bagaimana kita mendefinasikan kegemukan? 


Cara mudah adalah dengan mengira BMI

Cuba rujuk gambar diatas. Pengkelasan BMI adalah seperti berikut:
< 18.5      --> kurang berat badan
18.5-23    --> normal
23-27.5   --> terlebih berat badan
> 27.5     --> obesiti

Bagaimana pula cara untuk mengira BMI?


Rumusnya adalah:  berat badan (kilogram) / (ketinggian x ketinggian) dalam meter


contoh BMI Dr Maryam = 45kg/ (1.58x1.58)

                                      = 18


Ukur lilit pinggang (mengukur perut buncit)


Ini adalah satu cara lain untuk mengukur kgemukan.

Perempuan: Jika melebihi 80cm
Lelaki Jika melebihi 85cm

Tahukah anda bahawa buncit bukan sahaja tidak enak mata memandang TETAPI adalah faktor berisiko untuk mendapat sakit jantung!




cuba kira BMI anda dan lihat anda di mana? :)


Jika anda sudah mengira BMI anda, kini anda tentulah sudah tahu berapa banyak berat yang perlu lesapkan?

10kg? 20kg? 30kg?

Dalam tempoh berapa lama perlu anda lesapkan berat ini?


Target pengurangan berat adalah 10% dari berat asal.


Dalam tempoh berapa lama 10% berat perlu diturunkan?


Dalam masa 6 bulan


Pengurangan berat yang selamat adalah 0.5-1kg dalam seminggu

Doktor tidak mengesyorkan pengurangan berat yang lebih drastik dari ini kerana akan mendatangkan beberapa kesan sampingan yang tidak baik untuk kesihatan.

Tak boleh juga biarkan tubuh kita terkejut dengan pengurangan berat terlalu cepat. Berikan masa untuk tubuh kita adaptasi dengan keadaan baru :)




Nantikan Bagaimana Untuk Kurus? Bahagian 2

Thursday, June 12, 2014

Kupasan produk: Vitamin E untuk kulit cantik luar dan dalam. Vitamin E juga vitamin cinta!

Hari ini saya nak buat kupasan tentang Vitamin E. Vitamin E memang produk panas di mana-mana farmasi dan pusat kecantikan. Sehinggakan vitamin E ni dah sama taraf dengan pokok kelapa yang ada sejuta kegunaan ^_^ (eh ye ke??)

Betul ke Vitamin E ni bagus?

Apa yang selalu orang heboh-hebohkan berkaitan Vitamin E ni?

Vitamin E atau nama saintifiknya TOCOPHEROL, digunakan sama ada secara topikal (menjadi bahan utama dalam produk kecantikan kulit seperti krim muka, pencuci muka dsb), atau secara oral (dimakan sebagai makanan pelengkap). Biasanya Vitamin E dikaitkan dengan kecantikan kuit. Bagi yang inginkan kecantikan kulit dari luar dan dalam, seperti menjadi satu kesalahan mandatori pula jika tidak makan vitamin E serta menggunakan vitamin E dalam produk luaran.





Merawat kulit Terbakar (Sun burnt)

Kulit yang terdedah kepada cahaya UV biasanya akan rosak. Keadaan ini boleh dilihat melalui terjadinya fenomena 'kulit terbakar'. Bagi mereka yang bertudung, fenomena ini tentu lebih ketara kerana setiap kali anda menanggalkan tudung, pasti anda dapat melihat garisan jelas membezakan kulit terdedah dan kulit yang terlindung dengan tudung! Kulit yang terdedah akan mempunyai tona yang jauh lebih gelap, berminyak dan kusam, serta mungkin dipenuhi jerawat. Ini tanda kulit tidak sihat. Tambahan lagi masalah penipisan ozon secara global kini menyebabkan cahaya matahari mengandungi UV yang lebih tinggi dari biasa, silap-silap boleh menyebabkan kanser kulit.

Dalam satu kajian bagi menguji keberkesanan vitamin E dan carotenoid (Carotomax) bagi mengatasi masalah kulit terbakar, keputusan menunjukkan kulit akan menjadi sihat seperti sediakala dan kulit terbakar hilang setelah 8 minggu penggunaanya. (Rujukan 1)


Mengurangkan pigmentasi dan radang kulit


Dalam satu kajian lain, vitamin E yang digunakan secara topikal dan oral mampu mengurangkan pigmentasi dan radang pada kulit. Bagaimana caranya? Seperti yang anda semua tahu, kulit adalah organ terbesar pada seorang manusia. Kulit juga adalah organ yang paling luar dan terdedah kepada pelbagai ancaman dan bahaya. Antara ancaman dan bahaya termasuklah kotoran, bakteria dan agen pengoksidaan. Justeru tidak hairanlah kulit mudah rosak. Vitamin E wujud di dalam lapisan kulit dan berfungsi sebagai ANTI-oksidan yang melawan segala ancaman pada kulit dan membantu membaik pulih sel-sel kulit (Rujukan 2)




Vitamin E dipercayai boleh mengurangkan risiko kanser kulit

Vitamin E mengurangkan risiko penyakit jantung (rujukan 3)
Vitamin E menambah baik 'performance' sperma, dan meningkatkan kualiti air mani lelaki justeru mampu membantu meningkatkan kesuburan
Vitamin E + selenium mampu meningkatkan peratusan persenyawaan ovum dan sperma justeru meningkatkan kesuburan



Vitamin E adalah Vitamin CINTA :)


Tetapi haruslah anda ingat jika anda seorang yang tidak subur, buatlah pemeriksaan denga doktor terlebih dahulu kerana bimbang anda mempunyai masalah yang lebih serius dan boleh dirawat. Namun saya berjumpa dengan banyak pasangan yang telah membuat pemeriksaan dan dikatakan NORMAL, tetapi masih tidak mampu mengandung. Anda HARUS ikhtiar dengan Vitamin E/ Selenium



Selain Vitamin E, anda juga boleh mengamalkan GLA Complex bagi membantu anda untuk hamil. Bacaan lanjut klik GLA Complex Shaklee untuk kesuburan



Rujukan:

1. American Journal of Clinical Nutrition
Carotenoids and carotenoids plus vitamin E protect against ultraviolet light–induced erythema in humans1,2,3
Effects of Topical and Oral Vitamin E on Pigmentation and Skin Cancer Induced by Ultraviolet Irradiation in Skh:2 Hairless Mice
http://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1207/S15327914NC381_13#.U5lH4_mSyfU

2. Nutrtion and cancer: 
http://ajcn.nutrition.org/content/71/3/795.short

3. The New England Journal of Medicine: Vitamin E consumption and the risk of Coronary Heart Disease in Men


http://www.nejm.org/doi/pdf/10.1056/NEJM199305203282004

Untuk testimoni sila klik sini--> Testimoni Vit E shaklee

Friday, June 6, 2014

Panduan untuk pengalaman indah menyusukan bayi: pemakanan sihat!



Bismillahirrahmanirrahim

Sedikit celoteh saya sebelum saya mulakan perkongsian hari ini. Sesungguhnya saya berusaha sedaya upaya untuk menyediakan sajian baru di dalam blog ini tetapi setakat ini saya mampu menulis paling kerap seminggu sekali. Oh mungkin pengurusan masa saya yang perlu diefisienkan, insyaAllah saya akan perbaiki bahagian ini. 2 kali seminggu ok kan? 

Hari ini saya nak kongsikan tentang cara hidup sihat bagi ibu yang sedang menysukan bayi, seperti yang pernah saya janjikan sebelum ini

Gambar di bawah menunjukkn cara pemakanan sihat untuk ibu yang menuyusukan bayi


Dan ini contoh sepinggan makanan yang sihat

Tetapi adakah anda para ibu makan mengikut diet sihat ini?
Lebih-lebih lagi orang melayu selalu terikat dengan amalan berpantang. Ada amalan berpantang yang boleh diterima dari segi perubatan, namun ada yang agak keterlaluan

Contoh diet berpantang keterlaluan yang pernah saya temui:
1. Nasi putih + ikan masin sepanjang berpantang
2. Nasi putih + sup ikan haruan sahaja (mampukah anda menelan sup ikan haruan setiap hari biarpun berkhasiat??)
3. Segelas air kosong sahaja sehari
4. Sayur tidak dibenarkan sama sekali kecuali 1 atau 2 jenis yang dianggap tidak sejuk dan tidak berangin
5. Buah-buahan tidak dibenarkan sesama sekali!

Mungkin ini piramid makanan sebenar anda- kafein, ubat tahan sakit, makanan lebihan...
Ada juga yang mengambil makanan ringan seperti coklat untuk tenaga 'instant'....

Jika anda seorang yang benar-benar mengkikut amalan pantang keterlaluan, pernahkah anda mengalami masalah berikut?

1. Sembelit

2. Susu tidak banyak, anak tidak kenyang

3. Tertekan dan mudah letih

Saya tahu anda adalah ibu-ibu hebat dan berilmu. Namun saya juga mengerti bahawa kadangkala anda terjerat diantara ilmu dan adat. Tambah kagi jika anda berpantang di rumah orang tua, sukar untuk anda lari dari amalan berpantang keterlaluan.

Justeru disini saya menyarankan anda mengambil makanan tambahan untuk mencukupkan keperluan nutrisi anda dan bayi


Jadilah ibu bijak dan sihat yang mementingkan kesihatan diri dan bayi! :)