Wednesday, June 25, 2014

Bagaimana Untuk Kurus? Bahagian 1

Hidup penuh dengan alasan

Saya terpanggil untuk tulis berkenaan kegemukan sebab masalah kesihatan ini sudah jadi seperti kanser- merebak dan merebak sehingga susah untuk diubati. Ramai yang mengeluh dan mengeluh tentang berat badan mereka, tetapi berapa ramai yang serius ingin mengatasi? Mungkin ramai yang telah banyak kali dikecewakan oleh janji janji manis produk cepat kurus tapi tetap tak kurus. Ramai juga yang tidak ada kekuatan untuk mengekang nafsu makan. Ramai yang tidak sanggup berlapar. Ramai yang memberi alasan tidak mempunyai wang untuk berdiet. Fuhhh banyaknyaaa alasan!


Kegemukan punca penyakit


Kenapa penting sangat kita turunkan berat badan? Mungkin ada yang kata "Saya tak kisah dengan penampilan saya" Saya hanya senyum tak mahu kata apa apa :)


Jika saya tanya, "Adakah anda tidak kisah mendapat sakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, semput dan sebagainya?"
Jika jawapan anda juga "Ya SAYA TIDAK KISAH", nasihat saya usah teruskan pembacaan. Tak akan memberi manfaat pun kepada anda

Tetapi jika anda mempunyai keazaman yang tinggi untuk hidup secara sihat dengan berat badan normal, anda patut pahatkan dalam hati bahawa kegemukan boleh menyebabkan sakit seperti di bawah:


1. Kencing manis

2. Tekanan darah tinggi
3. Sakit jantung
4. Tinggi kolesterol
5. Sakit sendi
6. Mati cepat
7. Masalah berhenti bernafas ketika tidur dan boleh mati mengejut (Sleep Apnoea)




Bagaimana kita mendefinasikan kegemukan? 


Cara mudah adalah dengan mengira BMI

Cuba rujuk gambar diatas. Pengkelasan BMI adalah seperti berikut:
< 18.5      --> kurang berat badan
18.5-23    --> normal
23-27.5   --> terlebih berat badan
> 27.5     --> obesiti

Bagaimana pula cara untuk mengira BMI?


Rumusnya adalah:  berat badan (kilogram) / (ketinggian x ketinggian) dalam meter


contoh BMI Dr Maryam = 45kg/ (1.58x1.58)

                                      = 18


Ukur lilit pinggang (mengukur perut buncit)


Ini adalah satu cara lain untuk mengukur kgemukan.

Perempuan: Jika melebihi 80cm
Lelaki Jika melebihi 85cm

Tahukah anda bahawa buncit bukan sahaja tidak enak mata memandang TETAPI adalah faktor berisiko untuk mendapat sakit jantung!




cuba kira BMI anda dan lihat anda di mana? :)


Jika anda sudah mengira BMI anda, kini anda tentulah sudah tahu berapa banyak berat yang perlu lesapkan?

10kg? 20kg? 30kg?

Dalam tempoh berapa lama perlu anda lesapkan berat ini?


Target pengurangan berat adalah 10% dari berat asal.


Dalam tempoh berapa lama 10% berat perlu diturunkan?


Dalam masa 6 bulan


Pengurangan berat yang selamat adalah 0.5-1kg dalam seminggu

Doktor tidak mengesyorkan pengurangan berat yang lebih drastik dari ini kerana akan mendatangkan beberapa kesan sampingan yang tidak baik untuk kesihatan.

Tak boleh juga biarkan tubuh kita terkejut dengan pengurangan berat terlalu cepat. Berikan masa untuk tubuh kita adaptasi dengan keadaan baru :)




Nantikan Bagaimana Untuk Kurus? Bahagian 2

No comments:

Post a Comment