Tuesday, November 11, 2014

Setting up your very own home spa! a review on Facial Ultrasonic Machine

Okay kali ni saya nak buat review satu gadget yang sangat best untuk dapatkan kulit halus yang kita semua idamkan!

Sebelum ni saya pernah tanya, tahu tak kenapa bila kita buat facial treatment di spa, kesannya tak sama macam di rumah? Lepas facial di spa, kulit halus mulus gebu je, tapi jika di rumah macam tak wujud pun kesan glowing glowing tu. Kadang kadang lepas buat rawatan sendiri, terpaksa tenung muka sendiri kat cermin nak cari perubahan. Kalau tak nampak, tenung lagi macam nak pecah cermin haha, cuba juga buat buat nampak untuk sedapkan hati. Yelah, dah beli krim muka bagai yang best, takkanlah tak ada kesan kan? Jawapannya sebab di rumah kita hanya gunakan tangan, tetapi di spa ada alatan canggih! Hehe

Sebenarnya saya pun alami benda yang sama. Stress je. Jadi saya cuba search macamana nak dapatkan kesan sama macam spa hanya dengan rawatan di rumah! Beautician saya cadangkan satu produk- Facial Ultrasonic Machine. 

Saya biasa guna alat ni di spa tapi tak pernah tahu dengan sebenar-benarnya bagaimana rupanya. Sebabnya bila pergi spa, kena tutup mata. Bila tutup mata, tertidur. Sedar2 dah siap, kulit dah halus dah hehe. Jadi minggu lepas saya tekad nak siasat. Siasat, dan terus rembat. Harganya memang berbaloi, bukan ribu riban, cuma RM190. Boleh pakai banyak kali pula tu, ikut suka nak pakai berapa lama, berapa kerap (tapi kenalah ikut peraturan juga kan, nanti dari boleh nampak umur 18 terus jadi umur 80 tahun hehe). Kalau pergi spa pun, sekali dah kena bayar RM100 paling murah. Kalau nak facial treatment dengan harga lagi murah bolehlah cari offer kat Groupon, Tapi sampai bila nak usha offer kat Groupon???

Saya nak kongsikan sedikit tentang Facial Ultrasonic Machine ni :)

Alat ni sebenarnya menggunakan kuasa Ultraosund untuk bantu resapan produk ke dalam kulit. Saya dah terangkan dengan panjang lebar disini tentang kulit kita. Kulit kita ada 3 lapisan semuanya. Jika kita sapu krim di muka menggunakan tangan, biasanya krim agak sukar meresap masuk ke dalam. Lepastu baru sapu sikit, dah jadi kesat. Jadi kita terpaksa gunakan kuantiti yang banyak. Kesannya pun tak seberapa. Untuk atasi masalah ni, banyak syarikat yang cuba wujudkan krim produk dengan Nano technology- saiz kecil untuk bantu resapan.

Sebenarnya ada cara mudah. Gunakan Facial Ultrasonic Machine. Bila gunakan alat ini, ia membantu untuk menghantar produk muka jauh ke dalam kulit. Kita cuma perlu letak sedikit serum di muka (setitik) dan mesin ni akan meratakan serum ke serata muka. Letakkan alat ini 90 darjah pada kulit muka, dan mulakan urutan lembut ke atas. Magic! Macam tak sangka hanya setitik cukup untuk kegunaan seluruh wajah. Kita juga boleh gunakan alat ni untuk urut bahagian yang kasar, berbiji, pori besar, radang, jerawat, jeragat!



Sebenarnya alat ini ada 2 jenis- Panas atau sejuk. Ada yang gabungan panas dan sejuk, ada sejuk sahaja dan ada panas sahaja. Saya beli yang sejuk sahaja untuk tujuan menghilangkan jeragat, pori dan kulit sensitif. Sesiapa yang memiliki kulit jenis berjerawat perlukan haba panas. Memang rasa seronok bila besi sejuk terkena kulit muka :) Rejim yang dicadangkan adalah 3 kali seminggu, 3 minit setiap kali penggunaan. Maksudnya saya boleh gunakan selang hari. Tetapi kebanyakan pakar kecantikan menyarankan 10 minit setiap kali penggunaan. 

Bukan setakat melicinkan kulit! Alat ini juga merangsang penghasilan kolagen dalam kulit. Rasanya semua sedia maklum apa fungsi kolagen kan? :) Untuk kulit muka yang lebih anjal dan muda remaja.

Konsepnya sama macam ultraosund lain. Ia perlukan konduktor untuk berfungsi. Konduktor adalah gel yang kita sapu pada permukaan alat ini, sama seperti nak scan baby. Konduktor ni kita panggil SERUM. 

Ada banyak jenis serum yang boleh kita beli, Ada yang diperkaya dengan vitamin C, ada yang diperbuat dari vitamin E dan macam macam lagi. Saya beli serum dari bunga Ginseng sebab ini yang dicadangakan oleh Beautician saya. Dapat pula harga promosi. Nanti saya kongsikan tentang serum dalam artikel selepas ini :)

Memulakan home spa anda sendiri kini bukan satu perkara mustahil!

ASAS KECANTIKAN: Kenali kulit dulu :)


Hari ini seperti yang dah dijanjikan, saya akan berkongsi tentang Ultrasonic Facial Treatment. Bezanya, kini kita tidak lagi perlu ke spa dan hanya boleh lakukannya di rumah!

Eh nanti dulu ye para jelitawan! Sebelum saya terus bercerita tentang Ultrasonic Facial Treatment, ada satu perkara penting yang saya nak kongsikan :)

Mesti ramai tertanya tanya, kenapa bila cuci muka di rumah dan spa, kesannya memang berbeza! Jika buat facial di spa, kulit terasa begitu lembut dan halus. Jika di rumah, macam tak beri apa apa perbezaan. Yang lebih tak best, kulit lembut hasil facial di spa tak tahan lama. Selepas 2-3 hari, kulit terasa kasar semula! TAPI....takkan nak ke spa dan laburkan RM 100 lagi???

Jika kita seorang yang sangat mementingkan kecantikan kulit, kita perlu kenali struktur kulit and dengan lebih mendalam :) Dari situ kita akan lebih memahami bagaimana produk kecantikan, vitamin kulit dan rawatan kulit yang bersesuaian dapat membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik dan sihat!



Kulit terdiri dari 3 lapisan utama

LAPISAN PERTAMA: Epidermis

Ketebalan 0.1mm
Mengandungi 3 jenis sel:
1. Melanocyte (menghasilkan pigmen)
2. Langerhan (berperanan dalam sistem imun. resdung dan kulit sensitif)
3. Merkel (fungsi tidak diketahui sepenuhnya)

Lapisan ini mengandungi sel sel kulit yang mati, lapisan minyak yang dipanggil sebum, peluh
Berperanan menghalang bakteria dari memasuki tubuh

LAPISAN KEDUA: Dermis

Ketebalan 2-3mm (berbeza mengikut kawasan)

Mengandungi KOLAGEN dan ELASTIN

Struktur istimewa:
-Folikel rambut
-Kelenjar peluh dan kelenjar sebum
-Salur darah dan saraf

LAPISAN KETIGA: Subcutaneous (Hipodermis)

Mengandungi
-Lemak
-Salur darah dan saraf yang lebih besar

Berperanan mengawal suhu badan

Tahniah! Anda kini seorang jelitawan yang berinformatif :)
Anda sudah bersedia untuk mengetahui bagaimana kulit anda boleh dirawat untuk menjadi lebih sihat dan bermaya!

Nantikan perkongsian saya selepas ini: 

Keajaiban Ultrasonic Facial Treatment!