Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Sunday, February 14, 2016

Antibiotik punca penyakit ngeri Steven Johnson Syndrome



"Doktor, saya ada batuk sikit dan rasa semput sikit"
"Puan ada asthma?"
"Pernah ada. Sesekali dapat nebulizer di klinik. Tak pernah pakai ubat pam di rumah"
Saya pun cek pesakit ini. Tidak menampakkan tanda2 sukar bernafas. Saya dengar peparunya. Juga tiada bunyi menunjukkan asthma atau jangkitan pada paru2. 
"Ubat apa doktor nak bagi pada saya?"
"Saya bagi puan ubat batuk dan ubat asthma makan. Tapi peparu puan bagus, dan alhamdulillah puan pun tak demam"
"Doktor tak bagi saya antibiotik ke? Biasa saya kalau macam ni doktor bagi antibiotik baru boleh hilang. Doktor biasa bagi saya Augmentin"

Saya terkedu.. Augmentin? Augmentin biasa kami berikan kepada pesakit yang mempunyai jangkitan kuman peparu atau batuk teruk dan tidak respon kepada antibiotik seperti Amoxycillin.

Saya terangkan kepadanya kenapa antibiotik masih belum lagi perlu untuk tempoh masa ini. Tetapi dia tetap berdegil dan akhirnya pulang meninggalkan bilik saya dalam keadaan tidak berpuas hati. Pesakit selalu rasa lebih baik jika mereka pulang dari klinik dengan antibiotik

Namun, apa yang ramai tidak tahu, antibiotik bukan ubat ajaib yang jika dimakan, automatik segala jangkitan dapat diubati. Dalam memberikan preskripsi antibiotik, ada 3 pendekatan yang boleh digunakan

1. Memberikan antibiotik sekarang
2. Kita tunggu dan lihat
3. Tidak perlu berikan antibiotik

Jika doktor ingin memberikan antibiotik, katakan NANTI DAHULU!
Adakah antibiotik ini benar benar perlu?

1. Jika antibiotik digunakan dalam keadaan dimana rawatannya tidak memerlukan antibiotik (contohnya batuk dan selsema yang biasanya berpunca dari jangkitan virus), keberkesanan antibiotik tersebut akan berkurang bilamana ia benar-benar diperlukan nanti. Keadaan ini dipanggil 'antibiotic resistance'

2. Perbelanjaan yang tidak perlu- harga antibiotik bukanya murah!

3. Antibiotik berisiko tinggi uuntuk menghasilkan reaksi hypersensitiviti (alahan). Antara kesannya adalah anaphylaxis (sesak nafas, tekanan darah rendah) atau Steven Johnson Syndrome.

4. Kebanyakan jangkitan seperti batuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus dan tidak memerlukan antibiotik. Jika demam berpanjangan, simptom menjadi lebih teruk, arahkan mereka untuk datang membuat pemeriksaaan semula, kerana kadangkala jangkitan bakteria boleh menyusuli jangkitan virus. Pada waktu itu, barulah antibiotik diperlukan.

Bagaimana membezakan jangkitan bakteria dan virus?

Untuk penyakit-penyakit yang biasa dijumpai di klinik:

Jangkitan bakteria:
1. Jangkitan kuman air kencing
2. Jangkitan luka dan kulit
3. Sinusitis yang teruk
4. Sesetengah jangkitan telinga dan mata
5. Sakit tekak disebabkan staph aureus

Jangkitan virus:
1. Batuk
2. Selesema
3. Sesetengah jangkitan telinga dan mata
4. Sakit tekak
5. Cirit birit

Bagaimana dengan anak yang mempunyai selesema dan batuk berpanjangan?

Soalan ini selalu ditanyakan oleh para ibu kepada saya di klinik
Saya selalu akn bertanya semula: Adakah puan menghantar anak ke taska?
Ini kerana, batuk biasa akan berterusan selama 2-3 minggu. Apabila anak ke taksa, dia akan menjagkiti orang lain dalam tempoh ini. Ketika batuk anak anda hampir sembuh, jangkitan yang telah disebar tadi akan kembali kepadanya, maka anak anda batuk semula! Virus itu seperti bergerak dalam satu pusingan. Kelihatan seperti anak anda batuk berterusan selama sebulan atau lebih. Tetapi jika saya minta si ibu meberikan perhatian betul2 betul kepada simptom anak, mereka selalu memberitahu saya bahawa, "Haritu batuk macam dah kurang banyak, tapi jadi semula"
Saya hanya senyum. Itu bukan indikasi untuk saya mulakan rawatan dengan antibiotik!

Saya selalu mencadangkan kepada para ibu bapa untuk memberikan makanan berkhasiat penuh nutrisi kepada anak untuk menguatkan sistem imun mereka

Bila saya kata begitu, ada pulak ibu yang bertanya:

Doktor boleh tak kalau saya bagi anak makan vitamin c dan tak bagi ubat batuk?

Anda mesti faham bahawa suplemen untuk meningkatkan kekuatan imuniti dan membantu tubuh melawan jangkitan kuman. Tetapi jika anda telah pun dijangkiti, maka anda memerlukan ubat untuk melegakan simptom. Kasihanlah tengok anak yang batuk tak berhenti dan hingus meleleh sahaja kan?

Jadilah pesakit yang bijak yang mengambil berat kesihatan diri dan mengetahui apa yang anda berikan kepada tubuh!

Penulisan ini tidak bertujuan mengatakan bahawa antibiotik tidak boleh diberikan kepada anak. Peratusan pesakit yang mendapat alahan dan Steven Johnson Syndrome apabila makan antibiotik adalah kecil tetapi itu mungkin menjadi satu punca penyesalan jika antibiotik sebenarnya tidak perlu pun diberikan kepada pesakit. Ibu bapa haruslah ingat bahawa antibiotik perlu jika anak anda mendapat jangkitan bakteria dan keadaannya berbahaya jika tidak dirawat dengan antibiotik! Berbincanglah dengan doktor anda untuk mencapai keputusan terbaik. Kebiasaannya doktor anda lebih tahu berdasarkan pengalaman dan ilmu perubatannya. Tetapi janganlah anda mendesak doktor untuk berikan antibiotik sekiranya tidak diperlukan :)

Tuesday, November 11, 2014

ASAS KECANTIKAN: Kenali kulit dulu :)


Hari ini seperti yang dah dijanjikan, saya akan berkongsi tentang Ultrasonic Facial Treatment. Bezanya, kini kita tidak lagi perlu ke spa dan hanya boleh lakukannya di rumah!

Eh nanti dulu ye para jelitawan! Sebelum saya terus bercerita tentang Ultrasonic Facial Treatment, ada satu perkara penting yang saya nak kongsikan :)

Mesti ramai tertanya tanya, kenapa bila cuci muka di rumah dan spa, kesannya memang berbeza! Jika buat facial di spa, kulit terasa begitu lembut dan halus. Jika di rumah, macam tak beri apa apa perbezaan. Yang lebih tak best, kulit lembut hasil facial di spa tak tahan lama. Selepas 2-3 hari, kulit terasa kasar semula! TAPI....takkan nak ke spa dan laburkan RM 100 lagi???

Jika kita seorang yang sangat mementingkan kecantikan kulit, kita perlu kenali struktur kulit and dengan lebih mendalam :) Dari situ kita akan lebih memahami bagaimana produk kecantikan, vitamin kulit dan rawatan kulit yang bersesuaian dapat membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik dan sihat!



Kulit terdiri dari 3 lapisan utama

LAPISAN PERTAMA: Epidermis

Ketebalan 0.1mm
Mengandungi 3 jenis sel:
1. Melanocyte (menghasilkan pigmen)
2. Langerhan (berperanan dalam sistem imun. resdung dan kulit sensitif)
3. Merkel (fungsi tidak diketahui sepenuhnya)

Lapisan ini mengandungi sel sel kulit yang mati, lapisan minyak yang dipanggil sebum, peluh
Berperanan menghalang bakteria dari memasuki tubuh

LAPISAN KEDUA: Dermis

Ketebalan 2-3mm (berbeza mengikut kawasan)

Mengandungi KOLAGEN dan ELASTIN

Struktur istimewa:
-Folikel rambut
-Kelenjar peluh dan kelenjar sebum
-Salur darah dan saraf

LAPISAN KETIGA: Subcutaneous (Hipodermis)

Mengandungi
-Lemak
-Salur darah dan saraf yang lebih besar

Berperanan mengawal suhu badan

Tahniah! Anda kini seorang jelitawan yang berinformatif :)
Anda sudah bersedia untuk mengetahui bagaimana kulit anda boleh dirawat untuk menjadi lebih sihat dan bermaya!

Nantikan perkongsian saya selepas ini: 

Keajaiban Ultrasonic Facial Treatment!

Thursday, October 2, 2014

Suplemen Shaklee untuk pesakit ekzema dan asthma

Assalamualaikum semua :) Kali ini saya nak kongsikan satu set yang sentiasa mendapat sambutan terlebih hangat iaitu Set Ekzema dan Asthma Shaklee :)


Saya sudah ceritakan dengan panjang lebar tentang asthma, ekzema dan resdung di sini, Tapi kali ini saya nak mengurangkan beban anda dalam mencari suplemen bersesuaian terutama anak kecil. Mencari makanan dan penawar ekzema atau asthma bukan satu perkara mudah. Dari pengalaman peribadi, saya melihat sendiri kesungguhan Ummi untuk merawat penyakit asthma yang dihidapi oleh adik. Antaranya adalah minum telur mentah, makan telur penyu setiap hari, menghidangkan ikan keli goreng setiap hari, menyapu pelbagai herba. Ada yang tidak terbayang oleh saya! Kasih ibu memang luar biasa!

Pesakit ekzema sebenarnya mempunyai system imun yang terlebih sensitif. Maka dalam pemilihan suplemen untuk pesakit eczema, 2 perkara perlu diambil kira

  1. 1.     Suplemen untuk mengurangkan keradangan (anti-inflamatori)
  2. 2.     Suplemen untuk membekalkan nutrien mencukupi bagi tumbesaran sihat

Penting ke pemakanan tambahan untuk penyakit ekzema dan asthma? Tentulah! Mereka banyak berpantang makanan (makanan laut, telur, kadangkala ayam), dan dari amalan berpantang ini, sumber nutrien mereka terhad! Pengambilan suplemen dapat menampung kekurangan ini, agar proses tumbesaran mereka tidak terjejas :)

1.  Omegaguard

Omegaguard diperbuat dari minyak ikan. Ia bersifat anti inflamatori untuk mengurangkan radang ekzema. Ia juga membekalkan DHA Dan Omega 3 yang sangat elok untuk perkembangan otak dan meningkatkan kecerdasan anak anak

2. Vitamin C

Vitamin C adalah ‘antihistamin’ semulajadi yang dapat mengurangkan kesan histamin (agen penyebab ekzema dan kegatalan). Vitamin C turut membantu meningkatkan sistem imuniti anak anak agar tubuh mereka kuat melawan jangkitan kuman!



3. Mealshake


Mealshake adalah minuman berperisa vanilla yang sangat digemari oleh ramai kanak kanak. Ia adalah protein dengan tambahan garam mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh anak anak untuk tumbesaran. Mealshake turut mengandungi kandungan rendah lemak dan gula . Sangat sesuai utuk anak anak yang terlalu banyak berpantang makanan (seperti makanan laut, telur dan ayam). 



4. Herbal Blend

Krim campuran herba ini sesuai disapukan pada kulit kering dan kasar akibat serangan ekzema :) Juga membantu mengurangkan parut hitam akibat ekzema. Kulit yang sukar memerlukan penyelesaian yang lembut!



Jangan bertangguh untuk mendapatkan set ekzema dan asthma sekarang! Sediakan kehidupan yang lebih berkualiti untuk anak anda, bebas asthma dan ekzema!

Wednesday, October 1, 2014

Asthma, Resdung dan Ekzema adalah penyakit Atopy; bagaimana merawatnya?


"Doktor, takkan saya nak bagi anak saya makan rumput?"

Soalan ini yang diajukan kepada saya oleh ibu seorang kanak kanak perempuan comel di klinik tadi. Dia menghidapi penyakit ekzema dan telah berjumpa terlalu ramai doktor untuk mendapatkan rawatan. Setiap kali berjumpa doktor, setiap kali itulah dia dinasihatkan untuk menyuruh anaknya 'berpantang makan'. Antara makanan yang selalu dikaitkan dengan ekzema adalah makanan laut dan telur. Ramai juga yang tidak boleh makan ayam. Namun lebih ramai yang tidak pasti apakah makanan yang menjadikan ekzema mereka lebih teruk!

Sebagai seorang doktor di Klinik Dermatologi, Ekzema adalah penyakit yang sangat biasa saya jumpa setiap hari, selain dari penyakit Psoriasis. Mungkin 60-70% pesakit saya menghidapi ekzema. Dari seawal usia sebulan sehinggalah mencapai usia senja 80-90 tahun. 

Ekzema bukan penyakit berjangkit!

Ekzema adalah sebahagian dari penyakit Atopy atau allergy. Atopy terdiri dari ekzema, asthma (lelah), resdung (konjunktivitis dan allergic rhinitis) dan ia biasa terjadi dalam keluarga. Sebagai contoh, emak menghidap asthma, anak sulung menghidapi ekzema dan anak bongsu menghidapi resdung.

Ekzema adalah penyakit hipersensitiviti yang menyebabkan radang kulit. Tubuh seseorang terlalu sensitif kepada sesetengah makanan atau benda lain seperti sabun, peluh, cuaca, habuk dan sebagainya


Bagaimana mengenalpasti ekzema?

Ada 4 ciri kulit yang menunjukkan itu adalah ekzema
1. kulit merah
2. Kulit berbiji (mungkin berair)
3. Kesan garu
4. Garis2 halus atau kasar (lichenification)



Atopic Eczema juga biasa terjadi di kawasan pelipat dan leher






Satu perkara yang perlu pesakit tahu adalah atopy tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal. 

Ekzema biasa dikawal dengan ubat sapu dan ubat makan (tahan gatal, antihistamin). 
Asthma boleh dikawal dengan ubat makan dan inhaler. 
Resdung boleh dikawal dengan ubat makan (tahan gatal, antihistamine) atau ubat sembur. 

Perkara paling penting untuk mencegah serangan penyakit atopy adalah dengan mengelakkan punca/trigger kepada serangan itu. Contohnya jika anda makan makanan laut, ekzema menjadi semakin teruk, anda perlu elakkan makanan laut seumur hidup! Yang lebih menguji kesabaran adalah apabila mereka tidak dapat mengenal pasti trigger factor.




Ibu bapa selalu menjadi buntu untuk memilih makanan yang sesuai untuk anak mereka. Pemilihan makanan yang terhad menyebabkan anak-anak ini mempunyai kecenderungan untuk mendapatkan zat dalam kuantiti yang tidak mencukupi. Apabila ibu bapa berkata kepada saya "Doktor, dah lama saya pantangkan anak dari makan makanan laut, telur dan ayam" saya jadi hairan dari mana mereka dapatkan sumber protein. Bukankah protein begitu penting untuk tumbesaran tubuh dan kecerdasan otak anak anak? Kadangkala mereka seperti hilang harapan untuk mencari kesembuhan.

Saya amat menggalakkan para ibu bapa supaya memberikan makanan tambahan kepada anak anak yang menghidapi masalah ini. 

Monday, September 29, 2014

Shaklee Collagen Powder Siri 2: Mengapa SCP jadi pilihan?

Mengapa Shaklee Collagen Powder (SCP) sangat istimewa dan mampu membantu anda mendapatkan kulit flawless yang diidamkan?

Shaklee Collagen Powder adalah collagen yang terbaik di pasaran dan mengandungi 4000mg RSS (sisik ikan merah) dan dicampur dengan 7 (TUJUH) kandungan hebat lain!

shaklee collagen kolagen 7 bahan aktif


Keistimewaan Shaklee Collagen Powder:


1. Saiz yang JAUH lebih kecil berbanding collagen jenama lain. 300 KALI GANDA LEBIH kecil untuk memudahkan penyerapan menerusi usus (jika diminum) dan melalui kulit (jika dibuat Masker)

shaklee collagen molekul kecil mudah meresap

2. Diperbuat dari sisik ikan merah (Red Snapper Scale) yang hidup di laut dalam. Shaklee Collagen Powder sangat kental berbanding collagen dari sumber tumbuhan atau sumber lain. Mengikut kajian, penyerapan collagen bersumberkan sisik ikan adalah yang terbaik!

shaklee collagen sisik ikan merah red snapper scales


3. Disediakan dalam pek kecil dan mudah dibawa kemana-mana :) Boleh dimakan sahaja, dicampurkan kedalam makanan atau minuman. Bimbang rasanya tidak menyenangkan? Jika anda makan ikan, anda tentu tidak bermasalah untuk mengambil Shaklee Collagen Powder!

shaklee collagen powder


7 bahan hebat lain yang menjadi campuran Shaklee Collagen Powder


1. Ekstrak Camellia Japonica - mengandungi asid oleik iaitu pelembap kulit yang hebat. Juga mengandungi isoflavone iaitu antioksidan semulajadi untuk melindungi sel dari kerosakan!



2. Ekstrak Pfaffia- Membantu dalam proses penghasilan collagen dan hyaluronic acid bagi menghasilkan kulit yang tegang serta anjal. Turut mempunyai kelebihan dapat mengikat molekul -molekul air bagi memastikan kulit sentiasa lembap, lembut dan licin

3. Vitamin C- Satu kajian menunjukkan bahawa apabila sel (fibroblast) diberikan Vitamin C, produksi Collagen adalah 8 kali ganda lebih banyak berbanding biasa! 

4. Vitamin B- membantu dalam proses metabolisma dan penghasilan tenaga dari sel. Proses ini sangat penting dalam proses penghasilan collagen oleh sel.

5. Ekstrak kerang (shellfish)- mengandungi glucosamine yang diperlukan untuk menghasilkan bendalir sinovial dalam sendi dan bebola mata. Sangat elok untuk melegakan sakit sendi (osteoarthritis) dan ketidakselesaan mata

6. Elastin- ekstrak dari collagen ikan ini bersifat anjal seperti getah. Penting untuk kita mengambil elastin supaya kulit sentiasa anjal dan 'bergetah'!


7. Lactobacillus acidophilus- sejenis bakteria yang sangat berguna kepada usus. Mengimbangi keadaan dalam usus, bagi memaksimakan penyerapan collagen!

shaklee collagen kulit lembap cantik anjal


Shaklee Collagen Powder memang lain dari yang lain! Kesannya tersangat hebatJom kita berkongsi kesan hebat pengambilan Shaklee Collagen powder!


kebaikan kesan shaklee collagen kolagen

1. Meningkatkan kelembapan kulit
2. Mengurangkan kekasaran dan kekeringan
3. Meningkat dalam penampilan keseluruhan
4. Meningkatkan kelembutan dan kelicinan
5. Meningkatkan pemakaian kekal mekap
6. Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti
7. Meningkatkan ketebalan rambut
8. Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit
9. Mengurangkan garis garis halus dan kedutan

Jom kita kongsikan testimoni!

Kulit lebih tegang dan bermaya, kurang garis halus

shaklee kolagen collagen testimoni kulit terbakar memutihkan
Sun burn berkurang
shaklee collagen testimoni kolagen kuku sihat, kulit lembap


shaklee kolagen collagen testimoni kecil pori

Dapatkan Shaklee Collagen Powder sekarang! Permulaan hebat kepada keremajaan anda.

shaklee collagen kolagen murah

Nantikan artikel Shaklee Collagen powder Siri 3: Soalan Yang Selalu Ditanya Tentang Shaklee Collagen Powder