Hari ni terasa nak kongsi satu pengalaman. Saya kira pengalaman yang sangat berharga sebab ramai PM saya bertanyakan tentang isu ni.. terutamanya yang sedang makan gaji dan nak berhenti kerja untuk berbisnes.
Sebelum tu saya nak perkenalkan diri dulu :) Saya Maryam. Seorang doktor. Hampir 5 tahun berkhidmat. Tapi saya baru sahaja meletakkan jawatan dengan tujuan ingin fokus berbisnes.
Wajarkah berhenti kerja untuk berbisnes? Tak berisiko ke???
Saya takde background bisnes. Bukan dari keluarga bisnes. In fact saya dari keluarga suri rumah! Semua adik beradik perempuan & mak saya suri rumah.
Kiranya bisnes serius yang pertama saya buat adalah Shaklee. Hampir 2 tahun saya berniaga Shaklee. Itupun mula sebagai suka suka. Masuk dengan free membership. Tapi dengan asbab bisnes ni, saya lebih terdedah kepada dunia bisnes. Saya mula pergi kursus kursus bisnes. Yang percuma dan berbayar. Kata mentor saya, saya bayar yuran kebodohan haha. Daripada melebur duit dalam bisnes yang tak untung, baiklah saya belajar dulu dari orang berpengalaman.
Tulang belakang bisnes saya adalah suami saya. Jujur saya kata, suami saya tak pandai berbisnes (hahaha sorry abang!) Dia pemalu. Waktu isteri minta nak berbisnes, berbulan bulan dia fikir untuk bagi keizinan. Sebabnya dia malu isteri menjual! Nampak macam dia tak bagi nafkah mencukupi kot haha. Nasib baik isteri kuat semangat, hati waja macam besi. Terus juga memujuk rayu hahaha. Tapi walaupun dia malu, without fail, abang temankan pergi kursus bisnes. Tolong jaga anak waktu saya kursus 3 hari. Tolong drive ke sana sini. Tolong pos barang & COD kat customer. Paling penting, tolong layan impian isteri, tak pernah perlekehkan walaupun sekali. Bila isteri kata, I will become a millionaire, he says yes, you will! Dia bagi semangat waktu isteri down especially waktu tengah mabuk teruk mengandung. Dia kata, bila dah mulakan sesuatu, buat sampai habis. Jangan giveup. Dan sebab itulah walupun duit bisnes semua masuk poket isteri (haha maryam ni memang jenis merompak bisnes sendiri. Duit bisnes semua jadi pocket money lol), Maryam memang guna untuk family and bukan just belanja diri sendiri.
Memang rezeki sangat, dari modal 0, sekarang income berbelas, puluh ribu. Haaa terbongkar la rahsia berapa income kitorang eh. Jauh berganda dari.gaji sekarang seorang doktor. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Ok so lepas 2 tahun, I feel ready to start my own business. Produk mesti berkualiti. Mula lah maryam research sana sini, buat everything from scratch. Again abang memang tak bantu secara spesifik dalam bisnes, but he makes thing easy for me. Support system mantap xtau nak habaq lagu mana dah. Terima kasih abang, moga Allah balas..
And then... datanglah the biggest decision.. suarakan hasrat kat abang untuk resign dari jadi doktor.. bila start nampak kehidupan masyuk sebagai suri rumah, aku pun mula naik lemak haha. Abang sebagaimana sifat abang, sejak kahwin 7 tahun lepas sampai sekarang, tak pernah kata TAK BOLEH. Semua pun boleh ;p Tapi abang pesan supaya buat plan betul2. Bermulalah episod isteri bentang kertas kerja kat big boss.
Dan akhirnya.. selepas setahun maryam resign juga.
Kenapa setahun???
Haaa ni part paling penting untuk korang tahu kalau korang plan untuk resign
Tapiiii.... kejap lagi maryam sambung. Nak breakfast sat :)
Inspiring. Masya Allah
ReplyDeleteInspiring. Masya Allah
ReplyDelete