Assalamualaikum semua :) Kali ini saya nak kongsikan satu set yang sentiasa mendapat sambutan terlebih hangat iaitu Set Ekzema dan Asthma Shaklee :)
Saya sudah ceritakan dengan panjang lebar tentang asthma, ekzema dan resdung di sini, Tapi kali ini saya nak mengurangkan beban anda dalam mencari suplemen bersesuaian terutama anak kecil. Mencari makanan dan penawar ekzema atau asthma bukan satu
perkara mudah. Dari pengalaman peribadi, saya melihat sendiri kesungguhan Ummi
untuk merawat penyakit asthma yang dihidapi oleh adik. Antaranya adalah minum
telur mentah, makan telur penyu setiap hari, menghidangkan ikan keli goreng
setiap hari, menyapu pelbagai herba. Ada yang tidak terbayang oleh saya! Kasih ibu memang luar biasa!
Pesakit ekzema sebenarnya mempunyai system imun yang
terlebih sensitif. Maka dalam pemilihan suplemen untuk pesakit eczema, 2
perkara perlu diambil kira
- 1. Suplemen untuk mengurangkan keradangan (anti-inflamatori)
- 2. Suplemen untuk membekalkan nutrien mencukupi bagi tumbesaran sihat
Penting ke pemakanan tambahan untuk penyakit ekzema dan asthma? Tentulah! Mereka banyak berpantang makanan (makanan laut, telur, kadangkala ayam), dan dari amalan berpantang ini, sumber nutrien mereka terhad! Pengambilan suplemen dapat menampung kekurangan ini, agar proses tumbesaran mereka tidak terjejas :)
1. Omegaguard
Omegaguard diperbuat dari minyak ikan. Ia bersifat anti
inflamatori untuk mengurangkan radang ekzema. Ia juga membekalkan DHA Dan Omega 3 yang sangat elok untuk perkembangan otak dan meningkatkan kecerdasan
anak anak
2. Vitamin C
Vitamin C adalah ‘antihistamin’ semulajadi yang dapat
mengurangkan kesan histamin (agen penyebab ekzema dan kegatalan). Vitamin C
turut membantu meningkatkan sistem imuniti anak anak agar tubuh mereka kuat
melawan jangkitan kuman!
3. Mealshake
Mealshake adalah minuman berperisa vanilla yang sangat
digemari oleh ramai kanak kanak. Ia adalah protein dengan tambahan garam
mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh anak anak untuk tumbesaran. Mealshake turut mengandungi kandungan rendah lemak dan gula . Sangat sesuai utuk anak
anak yang terlalu banyak berpantang makanan (seperti makanan laut, telur dan
ayam).
4. Herbal Blend
Krim campuran herba ini sesuai disapukan pada kulit kering dan kasar akibat serangan ekzema :) Juga membantu mengurangkan parut hitam akibat ekzema. Kulit yang sukar memerlukan penyelesaian yang lembut!
Jangan bertangguh untuk mendapatkan set ekzema dan asthma sekarang! Sediakan kehidupan yang lebih berkualiti untuk anak anda, bebas asthma dan ekzema!
No comments:
Post a Comment