Saturday, October 11, 2014

7 tips untuk dapatkan kulit tanpa cela- lebihkan penjagaan kulit, kurangkan solekan!

1. Cuci

Jangan sekali kali tidur dengan makeup kerana ini hanya akan menghalang dari proses penggantian kulit baru dan menyumbatkan liang pori! Pori pori yang tersumbat akan menyebabkan blackhead, jerawat dan keradangan.

Pilihlah pencuci muka yang lembut untuk kegunaan harian. Kurangkan penggunaan pencuci muka untuk tujuan pengelupasan.


2. Toner
Ramai yang tidak suka menggunakan toner kerana mereka beranggapan ia hanyalah air yang kurang kepentingannya. Sebenarnya penggunaan toner membantu mengembalikan kulit kepada keadaan seimbang terutamanya selepas mencuci. Toner membantu mengekalkan kelembapan kulit. Tetapi pastikan anda berhati hati dalam pemilihan toner, elakkan yang mengandungi alkohol keranal alkohol kasar pada kulit

3.Pengelupasan/ exfoliate
Ramai yang tersalah faham akan konsep ini. Kulit akan bertukar kepada kulit baru dalam tempoh 22-50 hari bergantung kepada pelbagai faktor seperti umur, kesihatan secara keseluruhan, pendedahan kepada radikal bebas dan sebagainya. Pengelupasan secara lembut bertujuan untuk membantu proses ini.



Jangan gunakan pencuci yang mengandungi kulit kekacang yang kasar untuk proses ini kerana ia hanya akan mengakibatkan kecederaan kulit, menyebakan pigmentasi dan jerawat. Gunakan masker lembut yang mengandungi hydroxy acid. Anda boleh dapatkan resipi masker lembut disini :)

4. Mata
Bahagian bawah mata adalah bahagian kulit yang sangat lembut dan sensitif. Pelembap muka tidak sesuai digunakan di bahagian bawah mata dan kadangkala  di bahagian ini 'milia' boleh terbentuk. Milia adalah biji biji putih di bahagian bawah mata dan berlaku disebakan pori tersumbat. Kadang kadang ia juga dipanggil jerawat nasi.

Gunakan krim bawah mata untuk melembapkan, mengurangkan kehitaman, mengurangkan garis halus dan mengurangkan sembab. Seeloknya gunakan jari hantu untuk menyapu krim kerana jari ini memberikan tekanan paling rendah pada bahagian yang sangat sensitif!

5. Lembap dan lindung
Gunakan pelembap (moisturizer) dan pelidung matahari (sunscreen) untuk melembapkan kulit dan melindungi dari pancaran matahari. Gunakan sunscreen dengan perlindungan sekurang kurangnya SPF 30.

6. Rawat
Kulit yang bermasalah seperti jerawat, kering, ekzema, keradangan memerlukan rawatan. Biasanya pusat kecantikan kulit menjual serum untuk tujuan ini. Walaupun harganya agak mahal, tetapi ia adalah pelaburan yang berbaloi!

7. Servis professional!
Anda digalakkan untuk pergi ke spa facial sebulan atau dua bulan sekali. Mereka menyediakan servis professional untuk membantu anda dapatkan kulit flawless yang anda inginkan.





Selamat mencuba :) 

No comments:

Post a Comment