Untuk yang baru menjinakkan diri dalam aktiviti memerah susu badan, tentu tak pasti bagaimana untuk membuat jadual perahan bagi meningkatkan jumlah susu dan memenuhi keperluan bayi. Jadi saya nak kongsikan disini untuk panduan para ibu semua :)
Jadual bergantung kepada kekerapan dan jumlah susu yang bayi ibu perlukan sepanjang pergi bekerja. Contohnya, ibu bekerja dari 8am-5pm.
Tempoh 9 jam. Anak menyusu 2 jam sekali jadi jumlah penyusuan dalam 5-6x
sehari. Setiap kali penyusuan memerlukan 3oz. Jadi ibu perlu pastikan jumlah
susu perahan dalam sehari adalah 18oz (6 x 3oz).
Berapa pula
kuantiti susu ibu setiap perahan? Katakanlah ibu mampu memerah 2oz untuk setiap
sesi. Jadi berapa kali ibu perlu pam untuk mendapat 18oz???
Pandai!!!
Jawapannya 9 kali. Waaaaah 9 kali??? Ya, permulaan memang begitu. Sukar. Tetapi
percayalah dengan firman Allah, selepas setiap kesusahan akan datang kemudahan
:) Jadi, ibu ibu stay positive ye!
Apabila membuat
jadual, pastikan waktu ibu mengepam pada sela waktu tetap. Contohnya jadual
saya selang 2 jam. Saya jarakkan antara 7pm dan 11pm kerana waktu itu saya agak
sibuk menyediakan makan malam, mandi dan menyusukan Hakeem secara direct :)
Saya ikut jadual dari 7am-7pm secara berdisiplin tetapi waktu malam biasanya
anak lebih kerap melekap. Jadi solusinya saya pam secara tandem. Maksudnya anak
menyusu sebelah dan saya pam lagi sebelah secara serentak. Pada jam 4am, saya
akan membuat power pumping jika larat hehe.
Ini jadual saya:
Ini jadual saya:
7am
9am
11am
1pm
3pm
5pm
7pm
11pm
2am
4am
Ibu perlu
konsisten dan tidak berputus asa sekurang kurangnya 2 minggu. Jangan lari dari jadual ini supaya tubuh
kita tidak konfius. InsyaAllah dalam tempoh 2 minggu, susu akan naik sedikit
demi sedikit. Saya bermula dengan tiada susu dan kemudian 0.5oz sekali pam.
Kemudian 1oz, 2 oz dan Alhamdulillah sekarang boleh mencecah sehingga
5-6oz. Bila kita biasakan tubuh dengan jadual ini, ibu akan perasan, setiap 2
jam, buah dada akan rasa penuh dan secara automatik susu akan mula menitik keluar walaupun kita tidak
mengepam! Apabila jumlah susu setiap sesi pam meningkat, bolehlah kurangkan
kekerapan mengepam cthnya 4 jam sekali. Bagaimana pula jika kita terlepas satu
sesi mengepam? Haaa, ibu perlulah gandakan masa mengepam pada next session.
Selamat mencuba ye
dan nantikan tips lain dari saya!
No comments:
Post a Comment