Dalam penulisan saya kali ini, saya bukan nak menceritakan kebaikan penyusuan susu ibu. Mungkin dalam artikel lain. Sebabnya, saya yakin ramai dah tahu yang susu ibu adalah yang terbaik untuk anak mereka!
Dibawah adalah panduan untuk ibu baru, atau sudah berkali-kali menjadi ibu tetapi masih tidak berjaya menyusukan anak mereka secara eksklusif
Tips 1
Banyakkan pembacaan berkaitan penyusuan susu ibu. anda mempunyai 9 bulan untuk mendalami ilmu ini, sementara menunggu anak anda lahir. Pastikan anda bersedia secara fizikal dan mental untuk menyusukan anak anda. Get yourself excited! Pastikan pasangan anda juga bersedia dan berilmu. I'm telling you, you need all the support that you can get, especially from your husband!
Tips 2
Mintalah pertolongan. Rujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman seperti ibu atau adik beradik anda, atau mereka yang berilmu seperti doktor dan jururawat di hospital.
Minta bantuan mereka untuk memulakan penyusuan, sebaik sahaja selepas anda melahirkan anak anda.
Tips 3
Teori kepada amali!
Jangan bertangguh, terus susukan anak anda sebaik dia lahir dan anda telah selesai dengan proses kelahiran. Selesakan diri anda, dan mulakan penyusuan
Tips 4
Ikut rentak bayi anda. Ketahuilah bahawa tidak ada jadual terbaik untuk menyusukan bayi anda. Ikut keperluan bayi. Anda perlu cekap menangkap tanda2 bahawa bayi anda berasa lapar seperti resah, mulut mula menghisap. Jangan tunggu sehingga bayi anda meraung sehingga sukar untuk dipujuk! Kebiasaannya bayi menyusu setiap 2 jam, ada yang setiap satu jam, ada yang setiap 3 jam.
Tips 5
Bagaimana untuk menegetahui bayi sudah kenyang?
Jika bayi anda tidur lena, bermakna perut dia sudah kenyang.
Anda juga dapt mengesan bahawa payudara anda berasa lebih ringan, lembik dan kosong berbanding sebelum menyusukan bayi.
Pastikan bayi anda kencing sekurang-kurangnya 6 lampin sehari
Najisnya akan nampak lebih kuning dan cair.
Untuk jangakamasa panjang, lihat penignkatan berat bayi
Tips 6
Peralatan yang mungkin anda perlu untuk menyusukan bayi
1. Bra pads. Adakah anda tahu bahwa jika anda menyusukan bayi, susu akan turut sama keluar dari payudara sebelah? Maka anda akan memerlukan bra pads untuk mengelakkan baju anda basah dan berbau
2. Jika anda wanita bekerjaya, anda mungkin memerlukan alat untk membuat stock EBM (Expressed Breast Milk) seperti breast pump, peti sejuk beku, botol dan plastik untuk menyimpan susu dsb
Tips 7 (saya akan menulis artikel lain bagi menghuraikan secara terperinci)
Cara hidup sihat
- Lihat diet pemakanan anda
- Pengambilan vitamin
- Minum banyak air! Saya selalu memberikan perumpamaan kepada pesakit saya bahawa susu ibarat kencing. Jika sikit anda minum, sikitlah anda kencing. Jika sikit anda minum, sikitlah air susu anda!
- elakkan stress
- Jangan merokok
- Berhati-hati dengan pengambilan ubat
Tips 8
Ketahui masalah yang mungkin timbul
1. Anda mungkin mempunyai puting tenggelam, maka anda perlu tahu teknik untuk menimbulkan puting tersebut atau bagaimana menyusukan bayi dengan puting tenggelam
2. Teknik penyusuan yang kurang betul mungkin akan menyebabkan anda mendapat 'sore nipple'
Ini merupakan luka-luka kecil di bahagian puting tetapi sangatlah menyakitkan!
Anda perlu meneruskan penyusuan tetapi setelah bayi habis menyusu, anda boleh membersih dan mengeringkan kawasan tersebut, dan sapukan krim Lanolin atau minyak zaitun
Jika sakitnya tidak tertanggung, dapatkan ubat analgesik yang sesuai.
3. Jika anda enggan meneruskan penyusuan, anda akan mendapat satu kondisi yang dipanggil 'breast engorgement' atau bengkak susu.
Susu akan berkumpul didalam payudara, sehingga payudara menjadi sangat sakit dan keras. Kulit payudara akan kelihatan begitu tegang dan bersinar. Saya sudah biasa melihat ibu yang menangis akibat mengalami perkara ini. Pada saat ini, memerah susu akan menjadi satu tugasan yang terlalu payah. Susu akan mengeras dalam duktul kecil berhampiran areola dan menyekat laluan susu. Keadaan ini biasa berlaku pada kedua-dua belah payudara serentak
4. Radang payudara atau mastitis
Ibu boleh mendapat radang payudara, Ini berlaku apabila kuman memasuki payudara menerusi luka2 kecil yang kadangkala tidak disedari oleh si ibu. Payudara akan membengkak, menjadi merah dan panas apabila disentuh. Keadaan ini biasanya berlaku pada satu payudara sahaja.Keadaan ini mungkin disusuli oleh demam.
Ibu perlu mendapatkan rawatan doktor dan antibiotic mungkin akan diberikan
Akhir kata nasihat saya: JANGAN MENGALAH
Tongue tie- jika segala perkara telah anda lakukan, tetapi masih tidak berjaya menyusukan bayi anda, dapatkan nasihat doktor. Bayi anda mungkin mengalami sesuatu yang dipanggil tongue-tied
Good information. Thank you for sharing.
ReplyDelete