Seperti yang dijanjikan, saya akan menerangkan serba sedikit tentang penyakit Gout
Apa itu gout?
Sejenis penyakit radang sendi berpunca dari pengumpulan
garam monosodium urate didalam sendi.
Bagaimana garam tersebut boleh terjadi
Garam tersebut berasal dari kandungan asid uric yang tinggi
dalam darah.
Sejenis protein (purine) yang dimakan akan dimetabolismakan
oleh tubuh dan menghasilkan bahan buangan yang dipanggil asid uric.
Asid uric tidak mempunyai apa-apa fungsi dan akan dibuang
melalui air kencing
Proses ini dibantu oleh sejenis enzim yang dipanggil
xanthine oxidase.
Didalam pesakit gout, terdapat 2 kemungkinan.
Kemungkinan
pertama adalah penghasilan asid uric terlalu banyak sehinggalah asid ini
berkumpul didalam darah dan masuk ke sendi.
Kemungkinan yang kedua adalah asid
ini tidak dibuang melalui air kencing justeru ia terus terkumpul di dalam
darah.
Walau apapun kemungkinannya, hasilnya tetap sama iaitu kandungan asid uric sangat
tinggi di dalam darah!
Bagaimana untuk diagnos gout secara klinikal?
1. Sejarah yang jelas menggambarkan serangan gout
sekurang-kurangnya 2 kali dan pulih sepenuhnya selepas 2 minggu
2. Podagra (bengkak di bahagian sendi ibu jari kaki)
3. Tophus (lihat gambar)
4. Respon segera dalam tempoh 48 jam selepas rawatan dengan
Colchicine diberikan
Ujian yang boleh dijalankan untuk mendiagnosa gout:
1. Mengukur kandungan urid asik di dalam darah
2. Membuat kajian ke atas synovial fluid (cecair sendi)-
mengnadungi Monosodium urate crystal
Terdapat 3 kondisi gout:
1. Gout akut (acute gouty arthritis)
Keadaan ini biasanya akan pulih dalam tempoh 2-3 minggu
Pesakit biasanya akan berjumpa doctor pada waktu serangan
gout kerana sendi akan menjadi bengkak dan begitu sakit sehingga memerlukan
ubat tahan sakit dan ubat bagi mengurangkan radang.
Antara ubatan yang disarankan oleh doktor pada waktu ini
termasuklah:
1.
1. COX-2 inhibtior contohnya Celebrex/ Arcoxia
2.
2. Corticosteroid contohnya Prednisolone
3.
3. NSAID contohnya Voltaren
4 4. Colchicine
2. Antara-kritikal (intercritical)
Keadaan diantara serangan-serangan gout akut.
Pesakit yang telah disarankan oleh doktor untik mengambil ubat gout secara berpanjangan (contohnya Allopurinol) hendaklah meneruskan pengambilannya pada tempoh ini
3. Gout kronik
Antara ubatan yang oleh diberikan untuk kategori ini adalah:
1.
1. Allopurinol
2.
2. Probenecid
Jika anda tidak pernah mengambil ubat gout sperti diatas, ubat ini hanya patut dimakan setelah serangan gout akut sembuh.
tetapi jika anda sememangnya telah lama mengambil ubat ini, ia tidak patut dihentikan ketika anda mendapat serangan gout akut. Teruskan pengambilan!
Pesakit tidak boleh hanya bergantung kepada ubat-ubatan
untuk menymebuhkan penyakit gout. Mereka haruslah mengubah cara hidup untuk
menyembuhkan gout!
Antara yang perlu dilakukan adalah:
- Mencapai BMI ideal
- Tidak mengambil alcohol
- Tidak mengambil makanan yang mengandungi purine
- Menghadkan pengambilan sayur yang mengandungi purine
- Mengambil produk tenusu lemak rendah
- Minum air 2-3L sehari
Antara penyakit lain yang juga dikaitkan dengan kandungan
urid asik tinggi dalam darah:
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Kolesterol tinggi
- Obesiti
Justeru jika anda mempunyai penyakit-penyakit ini,
pastikan penyakit anda terkawal supaya gout anda juga terkawal!
Makanan yang mengandungi purine:
Daging
Organ dalaman
Ikan bilis
tophi
Makanan laut
Ikan sardin/ mackerel
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood info dr maryam:)
ReplyDeleteAlhamdulillah, tq dr for the good info..
ReplyDelete