Apa perubahan pada sistem tubuh anda ketika anda mengandung?
1. Hormon progesteron akan meningkat-merehatkan smooth muscle justeru boleh membuatkan tekanan darah menjadi rendah dan usus kurang aktif (menyebabkan gastrik, GERD, dan sembelit)
2. Berat badan akan bertambah
3. Isipadu darah akan meningkat sehingga 40-50% berbanding biasa- untuk meningkatkan pengaliran darah ke rahim
4. Darah akan menjadi cair tetapi lebih mudah membeku berbanding biasa
5. Jantung akan bekerja 50% lebih kuat dari biasa
6. Mudah mendapat sakit sendi eg sakit belakang, sakit pinggul, peha
7. Memerlukan pertambahan kalori sebanyak 300kcal/day dan protein 70-75g/day
Justeru untuk memastikan nutrien mencukupi bagi memenuhi keperluan ibu mengandung dan anak didalam kandungan, ibu perlulah mengambil diet seimbang yang kaya dengan vitamin dan mineral. Namun adalah sukar untuk mendapatkan makanan berzat di era ini lantaran kita banyak mengambil makanan yang telah diproses, mengandungi perwarna, pengawet dan kurang zat. Makanan yang disediakan di restoran dan makanan segera pula mengandugni kandungan lemak yang tinggi.
Apakah vitamin yang paling sesuai diambil oleh ibu hamil?
Dibawah saya senaraikan kandungan vitamin yang biasa diambil oleh ibu mengandung (Vitamin dari KKM, Obimin dan Shaklee)
Obimin pluz Shaklee KKM RDA
Vitamin A: 3000IU 5000 5000IU
VIt B 1 (thiamine 2mg 10mg + 15mg
Vit B2 (riboflavin) 2mg 1.5mg + 1.5mg
Vit B3 (Niacin) - 20mg + 20mg
Vit B6 (Pyridoxine) 3mg 2mg + 2mg
B12 (Cyanocobalamin) 3mcg 6mcg + 6mcg
Vit C 100mg 60mg 100mg 60mg
Vit D 200IU 800IU 400IU
Folic acid 1000mcg 200mcg 5mg 400mcg
Iron 30mg 18mg 200mg 18mg
(ferrous sulfate) (ferrous fumarate)
Calcium 100mg 450mg 1000mg
Zinc 15mg 15mg 15mg
Omega 3 135mg 330mg (x3) NA
Fish oil 500mg NA
*RDA bermaksud Recommended Dietary Allowance iaitu kuantiti nutrien yang diperlukan oleh badan dalam sehari
*Untuk set shaklee yang dicadangkan: 1 biji Vitalea + 1 biji osteomatrix + 3 biji omega guard
* Dos untuk vitamin B dari KKM tidak dapat dikenalpasti
Selain dari vitamin ada lagi saranan untuk ibu mengandung?
Ya saya sarankan anda mengambil ESP (protein soya) untuk memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalani kehidupan seharian. Rasanya enak, dan kaya dengan nutrien. Protein juga sangat diperlukan bagi membuat sel-sel baru, membaiki sel rosak dan proses penyembuhan.
Neural Tube Defect: Kecacatan akibat keurangan vitamin B dan folic acid
Proses pembentukan organ bayi adalah pada 12 minggu pertama kehamilan. Biasanya kehamilan diketahui ketika sudah berada di minggu ke 6-7. Jadi jangan tunggu sehingga anda disahkan mengandung baru ingin mengambil vitamin. Jika anda memang merancang untuk hamil, mulakan ambil supplemen 3 bulan lebih awal
No comments:
Post a Comment