Monday, February 8, 2016

JANGAN MENGANDUNG! VIRUS BARU DARI AMERIKA SELATAN MENYEBABKAN KECACATAN BAYI!



Sekarang heboh dengan virus dari Amerika Selatan atau dikenali sebagai virus Zika. Pelbagai andaian dibuat. Ada yang kata itu adalah bala dari Tuhan, ada yang kata itu adalah peringatan. Wallahua’lam. Hari ini saya akan kongsikan maklumat khas tentang virus Zika, mudah mudahan kita semua terselamat dari jangkitan virus ini.


Masih banyak perkara yang tidak diketahui mengenai penyakit Zika ini, namun dipercayai bahawa ia adalah penyakit bawaan nyamuk. Tempoh “viraemia” iaitu virus berada dalam darah dijangka adalah sama dengan jangkitan denggi. Oleh itu tempoh lebih dari 4 minggu selepas kembali ke tanah air dijangka tidak lagi berada dalam keadaan “viraemia” dan tidak berisiko untuk menularkan jangkitan tersebut kepada orang lain.

Apakah definisi jangkitan virus Zika?

Jangkitan virus Zika dikategorikan dalam 3 kumpulan
  1. 1.       Kes disyaki/ suspek
  2. 2.       Kes kecacatan kepala bayi kecil
  3. 3.       Kes disahkan

Kes suspek

Demam (37.5C)  atau ruam disertai dengan satu atau lebih dari gejala berikut:
- Sakit tubuh atau sakit sendi
- Sakit mata merah tanpa tahi mata
- Sakit kepala atau lemah badan
- Simptom **Guillain-Barre Syndrome
- Kepala bayi kecil (microcephaly) untuk bayi berumur kurang 1 tahun

DAN

Sejarah melawati negara yang dijangkiti virus Zika dalam tempoh 7 hari lepas atau sejarah *berhubung dengan kes positif.

Kes Terbukti

Memenuhi kriteria kes suspek dan disokong dengan keputusan makmal positif virus Zika

Kes definisi untuk kepala bayi kecil (microcephaly)

Diagnos di dalam rahim atau selepas kelahiran sebagai kepala bersaiz kecil berpandukan carta saiz kepala bayi yang digunakan oleh pengamal perubatan


*individu yang tinggal didalam kawasan sama dengan suspek atau mempunyai sejarah hubungan seksual dengan individu yang melawati negara terlibat

**Simptom Sindrom Guillain-Barre:
  1. 1.      Sensasi menyucuk di jari tangan, kaki, buku lali atau pergelangan tangan
  2. 2.      Lemah kedua belah kaki dan merebak kebahagian atas tubuh
  3. 3.      Ketidakstabilan berjalan atau tidak boleh berjalan atau memanjat tangga
  4. 4.      Kesukaran menggerakkan mata, otot muka, percakapan, mengunyah dan menelan
  5. 5.      Sakit kuat terutamanya diwaktu malam
  6. 6.      Kesukaran mengawal kencing dan pembuangan air besar
  7. 7.      Jantung berdegup kencang
  8. 8.      Tekanan darah rendah atau tinggi
  9. 9.      Kesukaran bernafas


Untuk Guillain Barre, simptom/ kelemahan paling teruk dirasai selepas 2-4 minggu simptom bermula. Proses penyembuhan biasanya berlaku selepas 2 minggu

Bagaimana jangkitan virus Zika disahkan?

Melalui sampel darah atau cecair tubuh yang lain seperti air tulang 

belakang yang dibuktikan mengandungi virus Zika

Adakah semua pesakit Zika perlu dirawat dihospital?

Tidak semua pesakit Zika perlu dimasukkan ke wad. Kes ringan boleh dirawat di rumah. Di sini saya titipkan: 

10 PANDUAN PENJAGAAN PESAKIT ZIKA SEBAGAI PESAKIT LUAR

  1. Menghadkan pergerakan dan berada di rumah sehingga tanda-tanda dan gejala telah tiada.
  2. Menggunakan repellent, memakai baju berlengan panjang dan berseluar panjang atau menggunakan kelambu untuk mengelakkan daripada gigitan nyamuk.
  3. Sekiranya pesakit mengidap gejala-gejala dan tanda-tanda Guillain-Barre Syndrome yang dikaitkan dengan masalah sistem saraf, dapatkan rawatan di hospital dengan kadar segera.
  4. Makan ubat demam seperti paracetamol mengikut nasihat doktor.
  5. Sponge atau lap badan dengan kain basah bagi mengurangkan suhu badan.
  6. Berehat secukupnya.
  7. Minum banyak cecair seperti susu, jus buah-buahan, minuman isotonik dan air barli ( minum melebihi 5 gelas). Meminum air kosong sahaja tidak mencukupi.
  8. Melakukan langkah pencegahan di rumah seperti aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah setiap minggu.
  9. Menggunakan semburan aerosol, penghalau nyamuk seperti lingkaran nyamuk, kepingan pengewapan cecair dan sebagainya.
  10. Memasang jejaring pada tingkap untuk mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah.


Nasihat khusus hendaklah diberikan agar menangguhkan rancangan untuk mendapatkan anak dan mengandung dalam tempoh sebulan dari tarikh kepulangan dari negara terbabit. Jika masih ingin berbuat demikian dalam tempoh tersebut, risiko dari keputusan tersebut hendaklah dijelaskan sepenuhnya, memandangkan 80% mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang gejala dan terdapatnya laporan bahawa jangkitan Zika boleh berlaku melalui hubungan seks. Ujian pengesahan Zika disaran dilakukan dan sekalipun negatif, ia tidak menolak risiko berlakunya komplikasi seperti “microcephaly”

theCLINIC by Dr Maryam Aziz
Your trusted doctor serving the community
Find me on Facebook and Instagram!

No comments:

Post a Comment