Tuesday, August 2, 2016

Tips berhenti kerja bahagian 2


sambungan...

Boss panggil masuk bilik. Tanya kenapa nak berhenti kerja. Tersenyum je dan 'offer' jawapan paling simple "Saya nak jadi suri rumah je"
Zup zapp terus kena ceramah.. banyak perkara yang bos bagitahu.. antaranya yang sempat terdengar

"Orang lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya. Elok elok je, tup tup pasang dua. Kalau you ada kerja, you taklah rasa hopeless. Kalau you memang bergantung pada suami??"

Senyum lagi. Boss tak tahu saya dah ada escape plan kalau suami nak kahwin lain huhu. Tapi, cakap dalam hati je lah. Teruskan senyum. Nampak macam suri rumah nak kikis gaji suami je aku ni. LOL. Walaupun hakikatnya memang itulah kerja isteri sejak kawhin kan? kan??

Bila nak.berhenti kerja benda paling penting nak kena fikir adalah duit. Besar tak besar gaji seorang doktor, ada lah dalam RM5k. Banyak tau boleh buat dengan duit tu! Jadi kena.fikir adakah kita mampu nak hidup tanpa duit tu. Kalau dah 20 tahun kerja, kena fikir yang anda dah terbiasa duit masuk akaun setiap bulan, jadi sekarang perlu biasakan dengan duit tak masuk dah. Ada orang memilih kehidupan yang lebih sederhana, kurang shopping, kurang makan di restoran dsb. Jika boleh survive dengan gaji suami seorang, Alhamdulillah walaupun mungkin perlu lebih berhati hati dalam berbelanja.

Tapi yang paling penting adalah komitmen kewangan setiap bulan. Contoh dalam kes kami, ansuran rumah, kereta, takaful, sekolah anak, bayar bil, tanggungan makan dsb.

Step pertama

Bersihkan diri dari sebarang komitmen kewangan. Maksudnya, pastikan kita tidak terikat dengan sebarang komitmen setiap bulan. Contohnya, dalam tempoh setahun plan untuk berhenti kerja, Maryam jual lot tanah banglo di Sungai Buloh Country Resort. Selesaikan bayar kereta. Potong Astro (walaupun niat sebenar sebab tak nak ada tv dah di rumah). Berhenti menyewa rumah (di Kelantan dulu). Jadi kami tinggal loan rumah je setiap bulan. Duit makan boleh adjust ikut kemampuan :). Bila semua ni dah selesai, barulah anda selamat untuk berhenti kerja dan tidak dibebani dengan hutang piutang keliling pinggang

Step kedua.

Mulakan bisnes dengan apa yang ada di tangan. Janganlah dah nak resign, lepastu pergi pula buat loan untuk berbisnes. Kalau bisnes tak berjaya??? Menanggung hutang bank pula. Berhuhuhuhu jelah kan? Pastikan sebelum anda berhenti, anda mempunyai simpanan wang mencukupi untuk bertahan beberapa bulan sebelum bisnes mendatangkan keuntungan

Step ketiga.

Pelajari tentang bisnes sehingga anda yakin untuk berbisnes. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Sementara masih kerja makan gaji, hadiri seminar2 bisnes, banyakkan membaca. Bukan tunggu dah berbisnes baru nak belajar. Maryam dulu banyak belajar ketika join Shaklee. Lepastu join Azizan Osman, Najib Asaddok etc. Dan lepastu Maryam banyak berkongsi dengan downlines. Downlines dah ramai yang income 5 angka walaupun part time je. Sekarang Maryam dah tak berbisnes Shaklee dan fokus pada Mary Jardin, jadi insyaAllah Maryam akan guide agen Mary Jardin untuk berbisnes! Nak join jadi agen dan dapatkan bimbingan Maryam? Klik sini. Jangan takut untuk bermula dari bawah sebab banyak pengalaman yang korang akan dapat! Saya bermula sebagai dropshipper Shaklee je :)

Step  keempat

Pastikan bisnes dah stabil, baru berhenti kerja. Sampai income berapa? Sampai korang rasa cukuplah hehe..Ada general rule, 3 kali ganda gaji sekarang. Tapi prinsip Maryan senang je. Cuba kira berapa korang perlu (minimum) setiap bulan? Contoh korang boleh hidup dengan RM2k sebulan. RM2k x 3 = RM6k. So kalau bisnes tu dah mendatangkan hasil RM6k sebulan, katakanlah bisnes jatuh kemudian hari, korang ada peluang 3 bulan untuk naikkan balik bisnes tanpa perlu bersesak duit. Boleh faham?

Step kelima

Duduk dalam circle orang positif. Tak susah pun. Sebabnya walaupun sebulan berkubang dalam bilik tak tengok dunia luar, hakikatnya anda tetap bersosial menerusi internet. Untuk terus maju dalam bisnes, anda perlu berada pada tahap motivasi yang tinggi. Dan mansuia tidak akan sentiasa temrotivasi jika tidak bersama sama orang yang bermotivasi dan mempunyai wawasan yang sama seperti kita.

Step keenam

Tawakkal tanpa had. Percaya rezeki datangnya dari Allah :) Kita tak ada bos dah, minta segala galanya DIRECT dengan ALLAH.

Rasanya cukup dulu 6 kot :)

Semoga anda semua maju jaya!

9 comments:

  1. Maryam. Dah boleh beli ke trial pack tu??

    ReplyDelete
  2. nanti maryam post link utk order. tp pre order lah. sebab 1/9 baru start release :)

    ReplyDelete
  3. nanti maryam post link utk order. tp pre order lah. sebab 1/9 baru start release :)

    ReplyDelete
  4. Nak try berbisnes jugak la..boleh jadi agen ke?

    ReplyDelete
  5. boleh :) nanti saya announce utk register agent

    ReplyDelete
  6. boleh :) nanti saya announce utk register agent

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalam..akk berminat nk jd agent..belum pernah buat apa2 bisnes..mohon contact yr..tksh

    ReplyDelete