Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

Friday, February 19, 2016

12 Tips penting mengurus anak demam

Satu minggu ni, seisi rumah saya demam! Bermula dengan mak yang dimasukkan ke wad kerana demam denggi, berjangkit kepada ayah dan semua adik beradik. Yang terakhir, anak saya Faheem pula demam!

Memang satu keadaan yang tidak selesa bila anak demam kan? Merengek dan menangis sehinggakan emaknya yang rasa nak menangis ;p Dia mengadu sakit otak (sakit kepala), sakit mata dan sakit seluruh badan.

Sebenarnya ada beberapa tips yang boleh diamalkan oleh ibu bapa bagi menghadapai anak yang demam. Disini saya kongsikan :)











Thursday, February 18, 2016

Kesukaran bernafas membahayakan nyawa- 8 tanda untuk dikenal pasti.

Antara penyakit yang WAJIB saya jumpa di klinik setiap hari adalah selesema dan batuk di kalangan kanak kanak. Kebiasaannya penyakit ini tidak berbahaya dan berpunca dari jangkitan virus yang akan hilang selepas 1-2 minggu.

Ramai tidak tahu bahawa penyakit ini boleh menjadi bahaya dan membawa maut sekiranya ia melibatkan kesukaran bernafas! Disini saya ingin membantu ibu bapa mengenal pasti tanda tanda anak mengalami kesukaran bernafas dan dapatkan rawatan segera sebelum terlewat.





















Sunday, February 7, 2016

AWAS! Ubat batuk membawa maut


Anak batuk dan selesema, kemudian mula demam. Hilang selera makan dan kurang aktif. Hidung tersumbat dan menyukarkan pernafasan. Anak merengek dan meragam berterusan. Ibu kurang tidur menyebabkan emosi terganggu. Tubuh pula letih. Dari seorang anak, berjangkit pula kepada anak lain. Ibu sudah terlalu kerap mengambil Emergency Leave. Kawan sepejabat mula mengata. Setiap bulan kitaran sama berulang.

Argghhh stressnya!! Anak menangis, ibu turut sama menangis. Saya faham, bukan mudah menjaga anak kecil yang tidak sihat. Memerlukan kekuatan fizikal dan kecekalan emosi untuk melalui fasa ini. Hanya seorang supermom mampu menghadapinya. Tahniah kerana anda memang seorang supermom!

Setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya ibu membawa anak ke klinik untuk berjumpa doktor. Tanpa berfikir panjang, ibu terus meminta ubat ajaib- ubat batuk, selesema dan antibiotik (mati kuman). Hajatnya inginkan kelegaan serta merta. Happy baby, happy mom :)

Nanti dulu!!!

Kebiasaannya apabila berjumpa dengan kes sebegini, saya akan menilai data pesakit termasuklah lingkungan umur, faktor risiko lain seperti bayi lahir pramatang atau penyakit sedia ada seperti Asthma. 

Soalan 1: Apakah punca batuk?

90% punca batuk adalah disebabkan jangkitan kuman saluran pernafasan. Sebahagian besar adalah pada bahagian saluran pernafasan atas (Upper Respiratory Tract Infection) dan sebahagian kecil jangkitan peparu (Lower Respiratory Tract Infection/ Pneumonia/ Bronchiolitis)

Soalan 2: Adakah batuk serius?

Tanda tanda batuk serius termasuklah mengalami kesukaran bernafas, pernafasan berbunyi (wheeze), hilang selera makan dan minum, kekurangan air dalam badan (dehydrated), kurang aktif, letih dan lesu.

Soalan 3: Apakah karakter batuk?

Kebiasaannya ibu akan menjawab batuk biasa. Saya suka dengan jawapan ini :) 

Adakah batuk yang luar biasa? Tentu ada! Ada batuk yang berbunyi seperti anjing menyalak (barking cough), disertai suara garau dan berbunyi ketika menarik nafas (inspiratory stridor). Penyakit ini dipanggil Croup dan disebabkan oleh jangkitan virus di bahagian trakea, bronkus dan peti suara. Kebiasaannya penyakit ini berlaku kepada merek dalam lingkungan umur 6 bulan sehingga 3 tahun. Ia boleh dirawat dirumah jika tiada simptom kesukaran bernafas.

Ada pula batuk teruk yang bersambung sambung dan di penghujungnya menghasilkan bunyi  "whooping" ketika menarik nafas. Whooping cough adalah disebabkan jangkitan kuman Bordetella Pertussis, sejenis penyakit yang boleh dicegah dengan vaksinasi pada umur 2,3, 5 dan 18 bulan. Kanak kanak kadangkala akan muntah dan boleh berhenti bernafas.

Ibu boleh cuba search di youtube dengan keyword 'whooping cough' dan 'barking cough' untuk mengenali batuk ini

Soalan 4: Apakah komplikasi batuk?

Komplikasi  berlaku dalam 12% kes. Antaranya:
Jangkitan kuman di telinga (Otitis Media)
Cirit birit 
Bronkitis
Jangkitan kuman peparu (Pneumonia)

Soalan 5: Adakah antibiotik perlu?

Kebanyakan kes disebabkan jangkitan virus, dimana antibiotik bukanlah ubat yang sesuai. Jika doktor merasakan bahawa anak anda dijangkiti bakteria, antibiotik mungkin diperlukan. Anak yang dijangkiti virus rata rata aktif dan mempunyai selera makan seperti biasa biarpun batuk teruk dan hingus meleleh! Anak yang dijangkiti bakteria lebih teruk keadaannya, lemah, hilang selera makan (toxic)

Soalan 6: Adakah ubat batuk dan selesema selamat?

Ubat batuk dan selesema TIDAK BOLEH diberikan kepada kanak kanak bawah umur 2 tahun kerana ubat ini boleh menghentikan pernafasan dan seterusnya membawa maut. Untuk kanak kanak lebih 2 tahun, boleh berikan ubat untuk melegakan simptom. Tetapi umur paling selamat untuk diberikan ubat ini adalah 6 tahun ke atas

Soalan 7: Bilakah anak saya akan sembuh?

Ramai ibu bimbang bila batuk anak mereka berterusan. Sebenarnya batuk mengambil masa 3-4 minggu untuk sembuh sepenuhnya. Ibu tidak perlu bimbang selagi mana anak masih aktif dan ceria :)

Semoga 7 soalan ini dapat membantu ibu membuat keputusan ketikan menghadapi masalah anak batuk :) Jangan berasa selamat berikan anak antibiotik mahupun ubat batuk dan selesema!

Anda ada sebarang pertanyaan berkaitan masalah kesihatan yang ingin dijawab oleh Dr Maryam Aziz? Sila klik di ruangan atas sebe;ah kanan "Tanya Dr Maryam Aziz" Saya akan jawab dalam tempoh 24 jam menerusi video di Facebook Page Dr Maryam Aziz :)

theClinic by Dr Maryam Aziz
Your trusted doctor serving the community
Find us on Facebook and Instagram!

Thursday, October 2, 2014

Suplemen Shaklee untuk pesakit ekzema dan asthma

Assalamualaikum semua :) Kali ini saya nak kongsikan satu set yang sentiasa mendapat sambutan terlebih hangat iaitu Set Ekzema dan Asthma Shaklee :)


Saya sudah ceritakan dengan panjang lebar tentang asthma, ekzema dan resdung di sini, Tapi kali ini saya nak mengurangkan beban anda dalam mencari suplemen bersesuaian terutama anak kecil. Mencari makanan dan penawar ekzema atau asthma bukan satu perkara mudah. Dari pengalaman peribadi, saya melihat sendiri kesungguhan Ummi untuk merawat penyakit asthma yang dihidapi oleh adik. Antaranya adalah minum telur mentah, makan telur penyu setiap hari, menghidangkan ikan keli goreng setiap hari, menyapu pelbagai herba. Ada yang tidak terbayang oleh saya! Kasih ibu memang luar biasa!

Pesakit ekzema sebenarnya mempunyai system imun yang terlebih sensitif. Maka dalam pemilihan suplemen untuk pesakit eczema, 2 perkara perlu diambil kira

  1. 1.     Suplemen untuk mengurangkan keradangan (anti-inflamatori)
  2. 2.     Suplemen untuk membekalkan nutrien mencukupi bagi tumbesaran sihat

Penting ke pemakanan tambahan untuk penyakit ekzema dan asthma? Tentulah! Mereka banyak berpantang makanan (makanan laut, telur, kadangkala ayam), dan dari amalan berpantang ini, sumber nutrien mereka terhad! Pengambilan suplemen dapat menampung kekurangan ini, agar proses tumbesaran mereka tidak terjejas :)

1.  Omegaguard

Omegaguard diperbuat dari minyak ikan. Ia bersifat anti inflamatori untuk mengurangkan radang ekzema. Ia juga membekalkan DHA Dan Omega 3 yang sangat elok untuk perkembangan otak dan meningkatkan kecerdasan anak anak

2. Vitamin C

Vitamin C adalah ‘antihistamin’ semulajadi yang dapat mengurangkan kesan histamin (agen penyebab ekzema dan kegatalan). Vitamin C turut membantu meningkatkan sistem imuniti anak anak agar tubuh mereka kuat melawan jangkitan kuman!



3. Mealshake


Mealshake adalah minuman berperisa vanilla yang sangat digemari oleh ramai kanak kanak. Ia adalah protein dengan tambahan garam mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh anak anak untuk tumbesaran. Mealshake turut mengandungi kandungan rendah lemak dan gula . Sangat sesuai utuk anak anak yang terlalu banyak berpantang makanan (seperti makanan laut, telur dan ayam). 



4. Herbal Blend

Krim campuran herba ini sesuai disapukan pada kulit kering dan kasar akibat serangan ekzema :) Juga membantu mengurangkan parut hitam akibat ekzema. Kulit yang sukar memerlukan penyelesaian yang lembut!



Jangan bertangguh untuk mendapatkan set ekzema dan asthma sekarang! Sediakan kehidupan yang lebih berkualiti untuk anak anda, bebas asthma dan ekzema!

Wednesday, October 1, 2014

Asthma, Resdung dan Ekzema adalah penyakit Atopy; bagaimana merawatnya?


"Doktor, takkan saya nak bagi anak saya makan rumput?"

Soalan ini yang diajukan kepada saya oleh ibu seorang kanak kanak perempuan comel di klinik tadi. Dia menghidapi penyakit ekzema dan telah berjumpa terlalu ramai doktor untuk mendapatkan rawatan. Setiap kali berjumpa doktor, setiap kali itulah dia dinasihatkan untuk menyuruh anaknya 'berpantang makan'. Antara makanan yang selalu dikaitkan dengan ekzema adalah makanan laut dan telur. Ramai juga yang tidak boleh makan ayam. Namun lebih ramai yang tidak pasti apakah makanan yang menjadikan ekzema mereka lebih teruk!

Sebagai seorang doktor di Klinik Dermatologi, Ekzema adalah penyakit yang sangat biasa saya jumpa setiap hari, selain dari penyakit Psoriasis. Mungkin 60-70% pesakit saya menghidapi ekzema. Dari seawal usia sebulan sehinggalah mencapai usia senja 80-90 tahun. 

Ekzema bukan penyakit berjangkit!

Ekzema adalah sebahagian dari penyakit Atopy atau allergy. Atopy terdiri dari ekzema, asthma (lelah), resdung (konjunktivitis dan allergic rhinitis) dan ia biasa terjadi dalam keluarga. Sebagai contoh, emak menghidap asthma, anak sulung menghidapi ekzema dan anak bongsu menghidapi resdung.

Ekzema adalah penyakit hipersensitiviti yang menyebabkan radang kulit. Tubuh seseorang terlalu sensitif kepada sesetengah makanan atau benda lain seperti sabun, peluh, cuaca, habuk dan sebagainya


Bagaimana mengenalpasti ekzema?

Ada 4 ciri kulit yang menunjukkan itu adalah ekzema
1. kulit merah
2. Kulit berbiji (mungkin berair)
3. Kesan garu
4. Garis2 halus atau kasar (lichenification)



Atopic Eczema juga biasa terjadi di kawasan pelipat dan leher






Satu perkara yang perlu pesakit tahu adalah atopy tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal. 

Ekzema biasa dikawal dengan ubat sapu dan ubat makan (tahan gatal, antihistamin). 
Asthma boleh dikawal dengan ubat makan dan inhaler. 
Resdung boleh dikawal dengan ubat makan (tahan gatal, antihistamine) atau ubat sembur. 

Perkara paling penting untuk mencegah serangan penyakit atopy adalah dengan mengelakkan punca/trigger kepada serangan itu. Contohnya jika anda makan makanan laut, ekzema menjadi semakin teruk, anda perlu elakkan makanan laut seumur hidup! Yang lebih menguji kesabaran adalah apabila mereka tidak dapat mengenal pasti trigger factor.




Ibu bapa selalu menjadi buntu untuk memilih makanan yang sesuai untuk anak mereka. Pemilihan makanan yang terhad menyebabkan anak-anak ini mempunyai kecenderungan untuk mendapatkan zat dalam kuantiti yang tidak mencukupi. Apabila ibu bapa berkata kepada saya "Doktor, dah lama saya pantangkan anak dari makan makanan laut, telur dan ayam" saya jadi hairan dari mana mereka dapatkan sumber protein. Bukankah protein begitu penting untuk tumbesaran tubuh dan kecerdasan otak anak anak? Kadangkala mereka seperti hilang harapan untuk mencari kesembuhan.

Saya amat menggalakkan para ibu bapa supaya memberikan makanan tambahan kepada anak anak yang menghidapi masalah ini.