Showing posts with label antioxidant. Show all posts
Showing posts with label antioxidant. Show all posts

Monday, September 29, 2014

Shaklee Collagen Powder Siri 1: Mengapa kita perlukan kolagen suplemen?

Shaklee Collagen Powder is the best in its group. In a group of collagen brands that are mushrooming fast. I find it very surprising how easy it is to create new products. I wonder about the effectiveness and safety. We really have to be aware of what we consume, because I don't want to end up with liver failure or kidney failure.


So before I share about the wonders of Shaklee Collagen Powder, let me just warm up your day with this simple recipe of Shaklee Collagen Mask :)

I Google-ed hard for the best masker recipe to produce the most marvellous effect. I used this simple recipe before--> ESP + Vitamin E + Water. Now that Shaklee Collagen Powder is on sale, I decided to try making collagen mask! The result is walla! Read more in Resipi Masker Dr Maryam Aziz



Jom kita berkenalan dengan collagen dan Shaklee Collagen Powder!


Apa itu collagen?
Collagen adalah sejenis protein yang paling banyak didalam tubuh manusia. Ia menyumbang sebanyak 75% dari berat kulit kita! Kolagen yang mencukupi didalam tubuh akan terpancar pada kulit yang cantik serta kelihatan muda!

10 lokasi collagen dalam tubuh

1. Kulit Dan Kuku
2. Tendon Dan ligamen
3. Rambut
4. Tulang rawan (sendi)
5. Tulang
6. Kornea mata
7. Salur darah
8. Usus
9. Otot
10. Gigi

Produksi collagen dalam badan berkurang sejak kita berumur 25 tahun. Kesan ini akan mula zahir sebagai tanda tanda penuaan.



Umur 20an- Kulit akan mula kelihatan ditelan zaman, perubahan tekstur kulit menjadi lebih kasar, tona kulit yang tidak sekata

Umur 30an- garis halus mula terbentuk di dahi dan hujung mata

Umur 40an- Lemak di tepi dahi dan bahagian atas pipi akan mula hilang, menjadikan penampilan dahi seperti berlekuk serta muka semakin cengkung, Bahagian bawah mata kelihatan kendur dan berkedut.

Umur 50an- Kulit leher berkedut dan kendur

Umur 60an- Kulit kesemuanya menjadi kendur, berkedut

Tujuh Tanda Penuaan Kulit:


  1. Jeragat
  2. Pori besar
  3. Kulit Kering
  4. Kulit kusam
  5. Tona kulit tidak sekata
  6. Tekstru kulit tidak sekata dan kasar
  7. Garis Halus
  8. Kedutan


Namun dizaman sekarang, kebanyakan dari kita masih aktif berkarier diusia senja 60 tahun, maka aspek kecantikan kulit menjadi aspek yang sangat penting untuk dijaga. Saya bayangkan saya masih seorang doktor yang bertemu pesakit diusia 60 tahun, mungkin masih aktif ber'conference' berbanding berehat saja dirumah melayan cucu :) Tidaklah bermaksud saya ingin kelihatan 30 tahun diusia 60 tahun, tetapi sekurang2nya saya nampak 'presentable'. InsyaAllah :)


Teruskan pembacaan tentang Shaklee Collagen Powder Dalam artikel Shaklee Collagen Powder Siri 2. Nantikan!



Thursday, June 12, 2014

Kupasan produk: Vitamin E untuk kulit cantik luar dan dalam. Vitamin E juga vitamin cinta!

Hari ini saya nak buat kupasan tentang Vitamin E. Vitamin E memang produk panas di mana-mana farmasi dan pusat kecantikan. Sehinggakan vitamin E ni dah sama taraf dengan pokok kelapa yang ada sejuta kegunaan ^_^ (eh ye ke??)

Betul ke Vitamin E ni bagus?

Apa yang selalu orang heboh-hebohkan berkaitan Vitamin E ni?

Vitamin E atau nama saintifiknya TOCOPHEROL, digunakan sama ada secara topikal (menjadi bahan utama dalam produk kecantikan kulit seperti krim muka, pencuci muka dsb), atau secara oral (dimakan sebagai makanan pelengkap). Biasanya Vitamin E dikaitkan dengan kecantikan kuit. Bagi yang inginkan kecantikan kulit dari luar dan dalam, seperti menjadi satu kesalahan mandatori pula jika tidak makan vitamin E serta menggunakan vitamin E dalam produk luaran.





Merawat kulit Terbakar (Sun burnt)

Kulit yang terdedah kepada cahaya UV biasanya akan rosak. Keadaan ini boleh dilihat melalui terjadinya fenomena 'kulit terbakar'. Bagi mereka yang bertudung, fenomena ini tentu lebih ketara kerana setiap kali anda menanggalkan tudung, pasti anda dapat melihat garisan jelas membezakan kulit terdedah dan kulit yang terlindung dengan tudung! Kulit yang terdedah akan mempunyai tona yang jauh lebih gelap, berminyak dan kusam, serta mungkin dipenuhi jerawat. Ini tanda kulit tidak sihat. Tambahan lagi masalah penipisan ozon secara global kini menyebabkan cahaya matahari mengandungi UV yang lebih tinggi dari biasa, silap-silap boleh menyebabkan kanser kulit.

Dalam satu kajian bagi menguji keberkesanan vitamin E dan carotenoid (Carotomax) bagi mengatasi masalah kulit terbakar, keputusan menunjukkan kulit akan menjadi sihat seperti sediakala dan kulit terbakar hilang setelah 8 minggu penggunaanya. (Rujukan 1)


Mengurangkan pigmentasi dan radang kulit


Dalam satu kajian lain, vitamin E yang digunakan secara topikal dan oral mampu mengurangkan pigmentasi dan radang pada kulit. Bagaimana caranya? Seperti yang anda semua tahu, kulit adalah organ terbesar pada seorang manusia. Kulit juga adalah organ yang paling luar dan terdedah kepada pelbagai ancaman dan bahaya. Antara ancaman dan bahaya termasuklah kotoran, bakteria dan agen pengoksidaan. Justeru tidak hairanlah kulit mudah rosak. Vitamin E wujud di dalam lapisan kulit dan berfungsi sebagai ANTI-oksidan yang melawan segala ancaman pada kulit dan membantu membaik pulih sel-sel kulit (Rujukan 2)




Vitamin E dipercayai boleh mengurangkan risiko kanser kulit

Vitamin E mengurangkan risiko penyakit jantung (rujukan 3)
Vitamin E menambah baik 'performance' sperma, dan meningkatkan kualiti air mani lelaki justeru mampu membantu meningkatkan kesuburan
Vitamin E + selenium mampu meningkatkan peratusan persenyawaan ovum dan sperma justeru meningkatkan kesuburan



Vitamin E adalah Vitamin CINTA :)


Tetapi haruslah anda ingat jika anda seorang yang tidak subur, buatlah pemeriksaan denga doktor terlebih dahulu kerana bimbang anda mempunyai masalah yang lebih serius dan boleh dirawat. Namun saya berjumpa dengan banyak pasangan yang telah membuat pemeriksaan dan dikatakan NORMAL, tetapi masih tidak mampu mengandung. Anda HARUS ikhtiar dengan Vitamin E/ Selenium



Selain Vitamin E, anda juga boleh mengamalkan GLA Complex bagi membantu anda untuk hamil. Bacaan lanjut klik GLA Complex Shaklee untuk kesuburan



Rujukan:

1. American Journal of Clinical Nutrition
Carotenoids and carotenoids plus vitamin E protect against ultraviolet light–induced erythema in humans1,2,3
Effects of Topical and Oral Vitamin E on Pigmentation and Skin Cancer Induced by Ultraviolet Irradiation in Skh:2 Hairless Mice
http://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1207/S15327914NC381_13#.U5lH4_mSyfU

2. Nutrtion and cancer: 
http://ajcn.nutrition.org/content/71/3/795.short

3. The New England Journal of Medicine: Vitamin E consumption and the risk of Coronary Heart Disease in Men


http://www.nejm.org/doi/pdf/10.1056/NEJM199305203282004

Untuk testimoni sila klik sini--> Testimoni Vit E shaklee