Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

ASAS KECANTIKAN: Kenali kulit dulu :)


Hari ini seperti yang dah dijanjikan, saya akan berkongsi tentang Ultrasonic Facial Treatment. Bezanya, kini kita tidak lagi perlu ke spa dan hanya boleh lakukannya di rumah!

Eh nanti dulu ye para jelitawan! Sebelum saya terus bercerita tentang Ultrasonic Facial Treatment, ada satu perkara penting yang saya nak kongsikan :)

Mesti ramai tertanya tanya, kenapa bila cuci muka di rumah dan spa, kesannya memang berbeza! Jika buat facial di spa, kulit terasa begitu lembut dan halus. Jika di rumah, macam tak beri apa apa perbezaan. Yang lebih tak best, kulit lembut hasil facial di spa tak tahan lama. Selepas 2-3 hari, kulit terasa kasar semula! TAPI....takkan nak ke spa dan laburkan RM 100 lagi???

Jika kita seorang yang sangat mementingkan kecantikan kulit, kita perlu kenali struktur kulit and dengan lebih mendalam :) Dari situ kita akan lebih memahami bagaimana produk kecantikan, vitamin kulit dan rawatan kulit yang bersesuaian dapat membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik dan sihat!



Kulit terdiri dari 3 lapisan utama

LAPISAN PERTAMA: Epidermis

Ketebalan 0.1mm
Mengandungi 3 jenis sel:
1. Melanocyte (menghasilkan pigmen)
2. Langerhan (berperanan dalam sistem imun. resdung dan kulit sensitif)
3. Merkel (fungsi tidak diketahui sepenuhnya)

Lapisan ini mengandungi sel sel kulit yang mati, lapisan minyak yang dipanggil sebum, peluh
Berperanan menghalang bakteria dari memasuki tubuh

LAPISAN KEDUA: Dermis

Ketebalan 2-3mm (berbeza mengikut kawasan)

Mengandungi KOLAGEN dan ELASTIN

Struktur istimewa:
-Folikel rambut
-Kelenjar peluh dan kelenjar sebum
-Salur darah dan saraf

LAPISAN KETIGA: Subcutaneous (Hipodermis)

Mengandungi
-Lemak
-Salur darah dan saraf yang lebih besar

Berperanan mengawal suhu badan

Tahniah! Anda kini seorang jelitawan yang berinformatif :)
Anda sudah bersedia untuk mengetahui bagaimana kulit anda boleh dirawat untuk menjadi lebih sihat dan bermaya!

Nantikan perkongsian saya selepas ini: 

Keajaiban Ultrasonic Facial Treatment!

Thursday, June 12, 2014

Kupasan produk: Vitamin E untuk kulit cantik luar dan dalam. Vitamin E juga vitamin cinta!

Hari ini saya nak buat kupasan tentang Vitamin E. Vitamin E memang produk panas di mana-mana farmasi dan pusat kecantikan. Sehinggakan vitamin E ni dah sama taraf dengan pokok kelapa yang ada sejuta kegunaan ^_^ (eh ye ke??)

Betul ke Vitamin E ni bagus?

Apa yang selalu orang heboh-hebohkan berkaitan Vitamin E ni?

Vitamin E atau nama saintifiknya TOCOPHEROL, digunakan sama ada secara topikal (menjadi bahan utama dalam produk kecantikan kulit seperti krim muka, pencuci muka dsb), atau secara oral (dimakan sebagai makanan pelengkap). Biasanya Vitamin E dikaitkan dengan kecantikan kuit. Bagi yang inginkan kecantikan kulit dari luar dan dalam, seperti menjadi satu kesalahan mandatori pula jika tidak makan vitamin E serta menggunakan vitamin E dalam produk luaran.





Merawat kulit Terbakar (Sun burnt)

Kulit yang terdedah kepada cahaya UV biasanya akan rosak. Keadaan ini boleh dilihat melalui terjadinya fenomena 'kulit terbakar'. Bagi mereka yang bertudung, fenomena ini tentu lebih ketara kerana setiap kali anda menanggalkan tudung, pasti anda dapat melihat garisan jelas membezakan kulit terdedah dan kulit yang terlindung dengan tudung! Kulit yang terdedah akan mempunyai tona yang jauh lebih gelap, berminyak dan kusam, serta mungkin dipenuhi jerawat. Ini tanda kulit tidak sihat. Tambahan lagi masalah penipisan ozon secara global kini menyebabkan cahaya matahari mengandungi UV yang lebih tinggi dari biasa, silap-silap boleh menyebabkan kanser kulit.

Dalam satu kajian bagi menguji keberkesanan vitamin E dan carotenoid (Carotomax) bagi mengatasi masalah kulit terbakar, keputusan menunjukkan kulit akan menjadi sihat seperti sediakala dan kulit terbakar hilang setelah 8 minggu penggunaanya. (Rujukan 1)


Mengurangkan pigmentasi dan radang kulit


Dalam satu kajian lain, vitamin E yang digunakan secara topikal dan oral mampu mengurangkan pigmentasi dan radang pada kulit. Bagaimana caranya? Seperti yang anda semua tahu, kulit adalah organ terbesar pada seorang manusia. Kulit juga adalah organ yang paling luar dan terdedah kepada pelbagai ancaman dan bahaya. Antara ancaman dan bahaya termasuklah kotoran, bakteria dan agen pengoksidaan. Justeru tidak hairanlah kulit mudah rosak. Vitamin E wujud di dalam lapisan kulit dan berfungsi sebagai ANTI-oksidan yang melawan segala ancaman pada kulit dan membantu membaik pulih sel-sel kulit (Rujukan 2)




Vitamin E dipercayai boleh mengurangkan risiko kanser kulit

Vitamin E mengurangkan risiko penyakit jantung (rujukan 3)
Vitamin E menambah baik 'performance' sperma, dan meningkatkan kualiti air mani lelaki justeru mampu membantu meningkatkan kesuburan
Vitamin E + selenium mampu meningkatkan peratusan persenyawaan ovum dan sperma justeru meningkatkan kesuburan



Vitamin E adalah Vitamin CINTA :)


Tetapi haruslah anda ingat jika anda seorang yang tidak subur, buatlah pemeriksaan denga doktor terlebih dahulu kerana bimbang anda mempunyai masalah yang lebih serius dan boleh dirawat. Namun saya berjumpa dengan banyak pasangan yang telah membuat pemeriksaan dan dikatakan NORMAL, tetapi masih tidak mampu mengandung. Anda HARUS ikhtiar dengan Vitamin E/ Selenium



Selain Vitamin E, anda juga boleh mengamalkan GLA Complex bagi membantu anda untuk hamil. Bacaan lanjut klik GLA Complex Shaklee untuk kesuburan



Rujukan:

1. American Journal of Clinical Nutrition
Carotenoids and carotenoids plus vitamin E protect against ultraviolet light–induced erythema in humans1,2,3
Effects of Topical and Oral Vitamin E on Pigmentation and Skin Cancer Induced by Ultraviolet Irradiation in Skh:2 Hairless Mice
http://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1207/S15327914NC381_13#.U5lH4_mSyfU

2. Nutrtion and cancer: 
http://ajcn.nutrition.org/content/71/3/795.short

3. The New England Journal of Medicine: Vitamin E consumption and the risk of Coronary Heart Disease in Men


http://www.nejm.org/doi/pdf/10.1056/NEJM199305203282004

Untuk testimoni sila klik sini--> Testimoni Vit E shaklee