Showing posts with label alfalfa. Show all posts
Showing posts with label alfalfa. Show all posts

Monday, October 5, 2015

Bagaimana jadual mengepam susu membantu meningkatkan kuantiti EBM (susu perahan)?


Untuk yang baru menjinakkan diri dalam aktiviti memerah susu badan, tentu tak pasti bagaimana untuk membuat jadual perahan bagi meningkatkan jumlah susu dan memenuhi keperluan bayi. Jadi saya nak kongsikan disini untuk panduan para ibu semua :) 

Jadual bergantung kepada kekerapan dan jumlah susu yang bayi ibu perlukan sepanjang pergi bekerja. Contohnya, ibu bekerja dari 8am-5pm. Tempoh 9 jam. Anak menyusu 2 jam sekali jadi jumlah penyusuan dalam 5-6x sehari. Setiap kali penyusuan memerlukan 3oz. Jadi ibu perlu pastikan jumlah susu perahan dalam sehari adalah 18oz (6 x 3oz).   

Berapa pula kuantiti susu ibu setiap perahan? Katakanlah ibu mampu memerah 2oz untuk setiap sesi. Jadi berapa kali ibu perlu pam untuk mendapat 18oz???

Pandai!!! Jawapannya 9 kali. Waaaaah 9 kali??? Ya, permulaan memang begitu. Sukar. Tetapi percayalah dengan firman Allah, selepas setiap kesusahan akan datang kemudahan :) Jadi, ibu ibu stay positive ye!

Apabila membuat jadual, pastikan waktu ibu mengepam pada sela waktu tetap. Contohnya jadual saya selang 2 jam. Saya jarakkan antara 7pm dan 11pm kerana waktu itu saya agak sibuk menyediakan makan malam, mandi dan menyusukan Hakeem secara direct :) Saya ikut jadual dari 7am-7pm secara berdisiplin tetapi waktu malam biasanya anak lebih kerap melekap. Jadi solusinya saya pam secara tandem. Maksudnya anak menyusu sebelah dan saya pam lagi sebelah secara serentak. Pada jam 4am, saya akan membuat power pumping jika larat hehe.



Ini jadual saya:

7am
9am
11am
1pm
3pm
5pm
7pm
11pm
2am
4am

Ibu perlu konsisten dan tidak berputus asa sekurang kurangnya 2 minggu. Jangan lari dari jadual ini supaya tubuh kita tidak konfius. InsyaAllah dalam tempoh 2 minggu, susu akan naik sedikit demi sedikit. Saya bermula dengan tiada susu dan kemudian 0.5oz sekali pam. Kemudian 1oz, 2 oz dan Alhamdulillah sekarang boleh mencecah sehingga 5-6oz. Bila kita biasakan tubuh dengan jadual ini, ibu akan perasan, setiap 2 jam, buah dada akan rasa penuh dan secara automatik susu akan mula menitik keluar walaupun kita tidak mengepam! Apabila jumlah susu setiap sesi pam meningkat, bolehlah kurangkan kekerapan mengepam cthnya 4 jam sekali. Bagaimana pula jika kita terlepas satu sesi mengepam? Haaa, ibu perlulah gandakan masa mengepam pada next session.

Selamat mencuba ye dan nantikan tips lain dari saya!


Tuesday, November 11, 2014

ASAS KECANTIKAN: Kenali kulit dulu :)


Hari ini seperti yang dah dijanjikan, saya akan berkongsi tentang Ultrasonic Facial Treatment. Bezanya, kini kita tidak lagi perlu ke spa dan hanya boleh lakukannya di rumah!

Eh nanti dulu ye para jelitawan! Sebelum saya terus bercerita tentang Ultrasonic Facial Treatment, ada satu perkara penting yang saya nak kongsikan :)

Mesti ramai tertanya tanya, kenapa bila cuci muka di rumah dan spa, kesannya memang berbeza! Jika buat facial di spa, kulit terasa begitu lembut dan halus. Jika di rumah, macam tak beri apa apa perbezaan. Yang lebih tak best, kulit lembut hasil facial di spa tak tahan lama. Selepas 2-3 hari, kulit terasa kasar semula! TAPI....takkan nak ke spa dan laburkan RM 100 lagi???

Jika kita seorang yang sangat mementingkan kecantikan kulit, kita perlu kenali struktur kulit and dengan lebih mendalam :) Dari situ kita akan lebih memahami bagaimana produk kecantikan, vitamin kulit dan rawatan kulit yang bersesuaian dapat membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik dan sihat!



Kulit terdiri dari 3 lapisan utama

LAPISAN PERTAMA: Epidermis

Ketebalan 0.1mm
Mengandungi 3 jenis sel:
1. Melanocyte (menghasilkan pigmen)
2. Langerhan (berperanan dalam sistem imun. resdung dan kulit sensitif)
3. Merkel (fungsi tidak diketahui sepenuhnya)

Lapisan ini mengandungi sel sel kulit yang mati, lapisan minyak yang dipanggil sebum, peluh
Berperanan menghalang bakteria dari memasuki tubuh

LAPISAN KEDUA: Dermis

Ketebalan 2-3mm (berbeza mengikut kawasan)

Mengandungi KOLAGEN dan ELASTIN

Struktur istimewa:
-Folikel rambut
-Kelenjar peluh dan kelenjar sebum
-Salur darah dan saraf

LAPISAN KETIGA: Subcutaneous (Hipodermis)

Mengandungi
-Lemak
-Salur darah dan saraf yang lebih besar

Berperanan mengawal suhu badan

Tahniah! Anda kini seorang jelitawan yang berinformatif :)
Anda sudah bersedia untuk mengetahui bagaimana kulit anda boleh dirawat untuk menjadi lebih sihat dan bermaya!

Nantikan perkongsian saya selepas ini: 

Keajaiban Ultrasonic Facial Treatment!

Friday, June 6, 2014

Panduan untuk pengalaman indah menyusukan bayi: pemakanan sihat!



Bismillahirrahmanirrahim

Sedikit celoteh saya sebelum saya mulakan perkongsian hari ini. Sesungguhnya saya berusaha sedaya upaya untuk menyediakan sajian baru di dalam blog ini tetapi setakat ini saya mampu menulis paling kerap seminggu sekali. Oh mungkin pengurusan masa saya yang perlu diefisienkan, insyaAllah saya akan perbaiki bahagian ini. 2 kali seminggu ok kan? 

Hari ini saya nak kongsikan tentang cara hidup sihat bagi ibu yang sedang menysukan bayi, seperti yang pernah saya janjikan sebelum ini

Gambar di bawah menunjukkn cara pemakanan sihat untuk ibu yang menuyusukan bayi


Dan ini contoh sepinggan makanan yang sihat

Tetapi adakah anda para ibu makan mengikut diet sihat ini?
Lebih-lebih lagi orang melayu selalu terikat dengan amalan berpantang. Ada amalan berpantang yang boleh diterima dari segi perubatan, namun ada yang agak keterlaluan

Contoh diet berpantang keterlaluan yang pernah saya temui:
1. Nasi putih + ikan masin sepanjang berpantang
2. Nasi putih + sup ikan haruan sahaja (mampukah anda menelan sup ikan haruan setiap hari biarpun berkhasiat??)
3. Segelas air kosong sahaja sehari
4. Sayur tidak dibenarkan sama sekali kecuali 1 atau 2 jenis yang dianggap tidak sejuk dan tidak berangin
5. Buah-buahan tidak dibenarkan sesama sekali!

Mungkin ini piramid makanan sebenar anda- kafein, ubat tahan sakit, makanan lebihan...
Ada juga yang mengambil makanan ringan seperti coklat untuk tenaga 'instant'....

Jika anda seorang yang benar-benar mengkikut amalan pantang keterlaluan, pernahkah anda mengalami masalah berikut?

1. Sembelit

2. Susu tidak banyak, anak tidak kenyang

3. Tertekan dan mudah letih

Saya tahu anda adalah ibu-ibu hebat dan berilmu. Namun saya juga mengerti bahawa kadangkala anda terjerat diantara ilmu dan adat. Tambah kagi jika anda berpantang di rumah orang tua, sukar untuk anda lari dari amalan berpantang keterlaluan.

Justeru disini saya menyarankan anda mengambil makanan tambahan untuk mencukupkan keperluan nutrisi anda dan bayi


Jadilah ibu bijak dan sihat yang mementingkan kesihatan diri dan bayi! :)