Saturday, October 11, 2014

7 tips untuk dapatkan kulit tanpa cela- lebihkan penjagaan kulit, kurangkan solekan!

1. Cuci

Jangan sekali kali tidur dengan makeup kerana ini hanya akan menghalang dari proses penggantian kulit baru dan menyumbatkan liang pori! Pori pori yang tersumbat akan menyebabkan blackhead, jerawat dan keradangan.

Pilihlah pencuci muka yang lembut untuk kegunaan harian. Kurangkan penggunaan pencuci muka untuk tujuan pengelupasan.


2. Toner
Ramai yang tidak suka menggunakan toner kerana mereka beranggapan ia hanyalah air yang kurang kepentingannya. Sebenarnya penggunaan toner membantu mengembalikan kulit kepada keadaan seimbang terutamanya selepas mencuci. Toner membantu mengekalkan kelembapan kulit. Tetapi pastikan anda berhati hati dalam pemilihan toner, elakkan yang mengandungi alkohol keranal alkohol kasar pada kulit

3.Pengelupasan/ exfoliate
Ramai yang tersalah faham akan konsep ini. Kulit akan bertukar kepada kulit baru dalam tempoh 22-50 hari bergantung kepada pelbagai faktor seperti umur, kesihatan secara keseluruhan, pendedahan kepada radikal bebas dan sebagainya. Pengelupasan secara lembut bertujuan untuk membantu proses ini.



Jangan gunakan pencuci yang mengandungi kulit kekacang yang kasar untuk proses ini kerana ia hanya akan mengakibatkan kecederaan kulit, menyebakan pigmentasi dan jerawat. Gunakan masker lembut yang mengandungi hydroxy acid. Anda boleh dapatkan resipi masker lembut disini :)

4. Mata
Bahagian bawah mata adalah bahagian kulit yang sangat lembut dan sensitif. Pelembap muka tidak sesuai digunakan di bahagian bawah mata dan kadangkala  di bahagian ini 'milia' boleh terbentuk. Milia adalah biji biji putih di bahagian bawah mata dan berlaku disebakan pori tersumbat. Kadang kadang ia juga dipanggil jerawat nasi.

Gunakan krim bawah mata untuk melembapkan, mengurangkan kehitaman, mengurangkan garis halus dan mengurangkan sembab. Seeloknya gunakan jari hantu untuk menyapu krim kerana jari ini memberikan tekanan paling rendah pada bahagian yang sangat sensitif!

5. Lembap dan lindung
Gunakan pelembap (moisturizer) dan pelidung matahari (sunscreen) untuk melembapkan kulit dan melindungi dari pancaran matahari. Gunakan sunscreen dengan perlindungan sekurang kurangnya SPF 30.

6. Rawat
Kulit yang bermasalah seperti jerawat, kering, ekzema, keradangan memerlukan rawatan. Biasanya pusat kecantikan kulit menjual serum untuk tujuan ini. Walaupun harganya agak mahal, tetapi ia adalah pelaburan yang berbaloi!

7. Servis professional!
Anda digalakkan untuk pergi ke spa facial sebulan atau dua bulan sekali. Mereka menyediakan servis professional untuk membantu anda dapatkan kulit flawless yang anda inginkan.





Selamat mencuba :) 

Friday, October 10, 2014

[ESP Shaklee] ESP dan Isoflavone untuk kulit gembu, lembut dan mulus!


Betul ke ESP boleh tukarkan kulit kita jadi gebu, lembut dan mulus? Macam tak percaya je ESP Shaklee ada banyak sangat fungsi!

Betul! Kalau tak percaya, jom baca penerangan dan bukti saitifik serta kajian yang menyokong statement ni :) Kalau masih tak percaya lagi, jom cuba dan rasai sendiri! Kalau tak nampak perubahan depan mata dan tak gosok sendiri pipi lembut, macamana nak percaya kan?

Phytoestrogens


Kalau dalam istilah sains, 'phyto' bermaksud mimik atau menyerupai. ESP kaya dengan phytoestrogen iaitu bahan yang menyerupai sejenis hormon wanita iaitu Estrogen. Phytoestrogen ini dipanggil Isoflavone. Isoflavone pula ada banyak jenis. Ada 3 jenis isoflavone utama yang dijumpai dalam kacang soya iaitu Genistein, Daidzein dan Glycitein. Isoflavone bertindak seperti estrogen namun pada tahap yang rendah. 



Ramai tidak tahu walaupun estrogen adalah hormon wanita, ia juga dijumpai dalam tubuh lelaki dalam kuantiti sedikit. Maksudnya, kaum lelaki tidak perlu bimbang mereka akan bertukar menjadi perempuan sekiranya minum air soya atau ESP :)


Estrogen dihasilkan oleh ovari atau kilang telur setiap wanita. Penghasilan estrogen akan berkurang seiring dengan peningkatan usia dan akan berhenti apabila seorang wanita capai menopaus. Tanda-tanda penuaan kulit akan mula kelihatan disebabkan oleh hormon estrogen yang semakin berkurang.





Isoflavone dalam ESP Shaklee membantu wanita mengatasi masalah ini.

Bagaimana Isoflavone dalam ESP menghasilkan kulit cantik?


  1. Membuatkan kulit lebih anjal dan merangsang penghasilan kolagen. Kedutan terutamanya di ekor mata akan berkurang :)
  2. Melembutkan kulit dan memberikan efek kulit gebu
  3. Mengecilkan liang pori
  4. Memperbaiki sel sel rosak akibat jerawat dan pendedahan kepada radikal bebas
  5. Mengurangkan jeragat
  6. Melambatkan penuaan kulit!

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3312494/
http://www.med.nyu.edu/content?ChunkIID=21778

Wednesday, October 8, 2014

[ESP Shaklee] Pinjamkan kepada tubuh anda seminggu dan lihat kesannya!

ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee adalah jawapan yang anda cari untuk solusi 3-dalam-1; Tenaga, Kecantikan dan Kesihatan!



ESP Shaklee dr maryam aziz


ESP Shaklee adalah minuman berprotein tinggi berasaskan kacang soya non-GMO. Hebatnya ESP kerana ia BEBAS KOLESTEROL dan mempunyai kandungan index glisemik rendah. Ini bermaksud ESP sangat sesuai untuk mereka yang menghidapi penyakit kencing manis serta mereka yang ingin menurunkan berat badan :)
ESP Shaklee soya non GMO


Tidak cukup setakat itu! ESP juga adalah sumber kalsium dan zat besi yang baik, menjadikannya minuman kesihatan yang sesuai untuk sesiapa sahaja, lebih lebih lagi ibu hamil, berpantang dan menyusukan bayi :)

ESP Shaklee hamil menyusu berpantang


Nama ESP memang tidak menarik bagi saya :) Sekali dengar pasti TAK TERUJA. Tetapi cuba anda pinjamkan ESP kepada tubuh anda selama satu minggu. Cukup 1 minggu. Pasti akan terasa kehebatannya!

Apa kandungan ESP?

Satu hidangan ESP (3 sudu = 28g serbuk ESP) mengandungi:


  1. 14g protein (SEMUA asid amino yang diperlukan badan)
  2. 10g karbohidrat
  3. 9g gula
  4. 1g lemak



  • 500mg kalsium (bersamaan 2 biji Ostematrix)
  • 2mg zat besi
  • Vitamin B



Satu hidangan ESP mengandungi 105 kcal dan menghasilkan 420kJ tenaga!

satu hidangan ESP adalah bersamaan dengan
-3 gelas susu
-8oz yogurt
-3oz daging
-3 biji telur

Berapa keperluan protein badan kita dalam sehari?

DRI (Dietary Reference Intake) mencadangkan 0.8-1 gram protein per kilogram berat badan. Walau bagaimanapun jumlah protein yang diperlukan badan bergantung kepada pelbagai faktor antaranya umur, tahap aktiviti seharian, dan tahap kesihatan semasa. Contohnya mereka yang sedang dalam proses penyembuhan dari sebarang kecederaan, pembedahan atau warga emas memerlukan protein yang lebih tinggi dalam diet seharian.

Namun bagi mereka yang ingin bina badan, dicadangkan mengambil seingga 2.2g protein per kilogram berat badan.

Secara puratanya, protein yang diperlukan oleh seorang dewasa

  • Lelaki: 56g
  • Wanita: 46g


Adakah pengambilan protein tambahan mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan?

Secara umumnya pengambilan protein berlebihan tidak membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan buah pinggang seperti yang dibimbangi ramai. Walau bagaimanapun, ini akan menambah pengambilan kalori anda dan seterusnya menyebabkan kegemukan.

Bagi mereka yang memang mempunyai masalah buah pinggang, adalah lebih baik jika anda mendapatkan nasihat doktor mengenai jumlah pengambilan protein yang bersesuaian dalam sehari :)

Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan protein soya yang mengandungi isoflavone mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular terutamanya dalam wanita menopaus. Ia juga mampu mengurangkan risiko osteoporosis

Jadikan ESP Shaklee sebahagian dari diet sihat anda. Rasai sendiri kehebatannya!


ESP Shaklee murah


Dapatkan promosi Oktober 2014


rujukan:
http://www.cdc.gov/nutrition/everyone/basics/protein.html
http://authoritynutrition.com/how-much-protein-per-day/
http://ajcn.nutrition.org/content/68/6/1375S.short
http://cebp.aacrjournals.org/content/5/10/785.short

Thursday, October 2, 2014

Suplemen Shaklee untuk pesakit ekzema dan asthma

Assalamualaikum semua :) Kali ini saya nak kongsikan satu set yang sentiasa mendapat sambutan terlebih hangat iaitu Set Ekzema dan Asthma Shaklee :)


Saya sudah ceritakan dengan panjang lebar tentang asthma, ekzema dan resdung di sini, Tapi kali ini saya nak mengurangkan beban anda dalam mencari suplemen bersesuaian terutama anak kecil. Mencari makanan dan penawar ekzema atau asthma bukan satu perkara mudah. Dari pengalaman peribadi, saya melihat sendiri kesungguhan Ummi untuk merawat penyakit asthma yang dihidapi oleh adik. Antaranya adalah minum telur mentah, makan telur penyu setiap hari, menghidangkan ikan keli goreng setiap hari, menyapu pelbagai herba. Ada yang tidak terbayang oleh saya! Kasih ibu memang luar biasa!

Pesakit ekzema sebenarnya mempunyai system imun yang terlebih sensitif. Maka dalam pemilihan suplemen untuk pesakit eczema, 2 perkara perlu diambil kira

  1. 1.     Suplemen untuk mengurangkan keradangan (anti-inflamatori)
  2. 2.     Suplemen untuk membekalkan nutrien mencukupi bagi tumbesaran sihat

Penting ke pemakanan tambahan untuk penyakit ekzema dan asthma? Tentulah! Mereka banyak berpantang makanan (makanan laut, telur, kadangkala ayam), dan dari amalan berpantang ini, sumber nutrien mereka terhad! Pengambilan suplemen dapat menampung kekurangan ini, agar proses tumbesaran mereka tidak terjejas :)

1.  Omegaguard

Omegaguard diperbuat dari minyak ikan. Ia bersifat anti inflamatori untuk mengurangkan radang ekzema. Ia juga membekalkan DHA Dan Omega 3 yang sangat elok untuk perkembangan otak dan meningkatkan kecerdasan anak anak

2. Vitamin C

Vitamin C adalah ‘antihistamin’ semulajadi yang dapat mengurangkan kesan histamin (agen penyebab ekzema dan kegatalan). Vitamin C turut membantu meningkatkan sistem imuniti anak anak agar tubuh mereka kuat melawan jangkitan kuman!



3. Mealshake


Mealshake adalah minuman berperisa vanilla yang sangat digemari oleh ramai kanak kanak. Ia adalah protein dengan tambahan garam mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh anak anak untuk tumbesaran. Mealshake turut mengandungi kandungan rendah lemak dan gula . Sangat sesuai utuk anak anak yang terlalu banyak berpantang makanan (seperti makanan laut, telur dan ayam). 



4. Herbal Blend

Krim campuran herba ini sesuai disapukan pada kulit kering dan kasar akibat serangan ekzema :) Juga membantu mengurangkan parut hitam akibat ekzema. Kulit yang sukar memerlukan penyelesaian yang lembut!



Jangan bertangguh untuk mendapatkan set ekzema dan asthma sekarang! Sediakan kehidupan yang lebih berkualiti untuk anak anda, bebas asthma dan ekzema!

Wednesday, October 1, 2014

Asthma, Resdung dan Ekzema adalah penyakit Atopy; bagaimana merawatnya?


"Doktor, takkan saya nak bagi anak saya makan rumput?"

Soalan ini yang diajukan kepada saya oleh ibu seorang kanak kanak perempuan comel di klinik tadi. Dia menghidapi penyakit ekzema dan telah berjumpa terlalu ramai doktor untuk mendapatkan rawatan. Setiap kali berjumpa doktor, setiap kali itulah dia dinasihatkan untuk menyuruh anaknya 'berpantang makan'. Antara makanan yang selalu dikaitkan dengan ekzema adalah makanan laut dan telur. Ramai juga yang tidak boleh makan ayam. Namun lebih ramai yang tidak pasti apakah makanan yang menjadikan ekzema mereka lebih teruk!

Sebagai seorang doktor di Klinik Dermatologi, Ekzema adalah penyakit yang sangat biasa saya jumpa setiap hari, selain dari penyakit Psoriasis. Mungkin 60-70% pesakit saya menghidapi ekzema. Dari seawal usia sebulan sehinggalah mencapai usia senja 80-90 tahun. 

Ekzema bukan penyakit berjangkit!

Ekzema adalah sebahagian dari penyakit Atopy atau allergy. Atopy terdiri dari ekzema, asthma (lelah), resdung (konjunktivitis dan allergic rhinitis) dan ia biasa terjadi dalam keluarga. Sebagai contoh, emak menghidap asthma, anak sulung menghidapi ekzema dan anak bongsu menghidapi resdung.

Ekzema adalah penyakit hipersensitiviti yang menyebabkan radang kulit. Tubuh seseorang terlalu sensitif kepada sesetengah makanan atau benda lain seperti sabun, peluh, cuaca, habuk dan sebagainya


Bagaimana mengenalpasti ekzema?

Ada 4 ciri kulit yang menunjukkan itu adalah ekzema
1. kulit merah
2. Kulit berbiji (mungkin berair)
3. Kesan garu
4. Garis2 halus atau kasar (lichenification)



Atopic Eczema juga biasa terjadi di kawasan pelipat dan leher






Satu perkara yang perlu pesakit tahu adalah atopy tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal. 

Ekzema biasa dikawal dengan ubat sapu dan ubat makan (tahan gatal, antihistamin). 
Asthma boleh dikawal dengan ubat makan dan inhaler. 
Resdung boleh dikawal dengan ubat makan (tahan gatal, antihistamine) atau ubat sembur. 

Perkara paling penting untuk mencegah serangan penyakit atopy adalah dengan mengelakkan punca/trigger kepada serangan itu. Contohnya jika anda makan makanan laut, ekzema menjadi semakin teruk, anda perlu elakkan makanan laut seumur hidup! Yang lebih menguji kesabaran adalah apabila mereka tidak dapat mengenal pasti trigger factor.




Ibu bapa selalu menjadi buntu untuk memilih makanan yang sesuai untuk anak mereka. Pemilihan makanan yang terhad menyebabkan anak-anak ini mempunyai kecenderungan untuk mendapatkan zat dalam kuantiti yang tidak mencukupi. Apabila ibu bapa berkata kepada saya "Doktor, dah lama saya pantangkan anak dari makan makanan laut, telur dan ayam" saya jadi hairan dari mana mereka dapatkan sumber protein. Bukankah protein begitu penting untuk tumbesaran tubuh dan kecerdasan otak anak anak? Kadangkala mereka seperti hilang harapan untuk mencari kesembuhan.

Saya amat menggalakkan para ibu bapa supaya memberikan makanan tambahan kepada anak anak yang menghidapi masalah ini.